Kisah ini sangat mencuit hati saya…
Selepas kami sekeluarga berpindah ke rumah sewa baru di Taman Seri Setia. Saya dan Kak Jora telah bersepakat untuk tidur satu bilik. Bersebelahan dengan bilik Mak dan Abah. Saya boleh katakan bilik ini sangat besar.
Bilik kami menghadap jalan raya dan terdapat bilik air di bilik air. Lega rasa di hati. Kenapa? Sebab saya tidak perlu mengejutkan Kak Jora bila waktu malam sekiranya saya hendak ke bilik air.
Pada satu malam, saya terjaga daripada tidur. Saya lihat jam di atas meja menunjukkan jam 2 pagi. Gelap dan sunyi.
“Nak pergi bilik air lah”, saya berfikir sendirian.
Tup..
Bunyi pintu bilik air di tutup.
Tup..
Sambil mengunci pintu dari luar.
“Susah la pulak nak tidur”,
Tiba-tiba saya lihat satu benda kecil berterbangan di tingkap makin lama makin menghampiri saya.
“Kak Jora…Kak Jora… Kak Jora, bangunlah”, saya memanggil nama Kak Jora sambil menepuk bahunya. Semakin lama semakin kuat pukulan saya.
“Sakitlah. Kenapa?”, tanya Kak Jora dalam nada marah.
“Tuh!”
Jari saya terus menunjukkan ke arah benda kecil yang sedang berterbangan. Mata Kak Jora terbeliak.
“Jom!”, ajak Kak Jora.
“Pergi ke mana?”, tanya saya.
“Kita pergi menyorok bawah meja nanti dia tak nampak”, Kak Jora memberi cadangan.
Saya terus menurut kata-kata Kak Jora. Kali ini memang tiada bantahan daripada saya kerana saya sudah ketakutan. Bijak juga Kak Jora ni. Fikir saya.
“Eh! Kenapa tidur dekat sini?”, jerit Mak.
Sayup kedengaran suara Mak.
Rupa-rupanya saya dan Kak Jora sudah tertidur di bawah meja sejak dari malam tadi. Gara-gara si kunang-kunang.
Dalam hati saya berkata, ada juga benda yang Kak Jora takut.
#mykarya #hakciptaterpelihara
0 ulasan