Seumur hidup saya, saya tidak pernah merantau sejauh ini...
Inilah pertama kali dan mungkin tiada lagi lebih jauh selepas ini...
Kenapa? Sebab Kitimat ini sudah tersangat jauh dengan Malaysia.. Namun, walaupun sejauh ini mata dan telinga saya tetap tahu dan sentiasa ambil tahu tentang situasi yang sedang melanda Malaysia.
Kalau sebelum ini, saya membaca di dada-dada berita dunia tentang kecekapan dan ketelusan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah wabak Covid19. Membuatkan hati saya sangat berbunga-bunga dan gembira. Rakyat dan pemimpin-pemimpin kerajaan bersatu dalam menangani masalah ini. Semuanya sangat sabar dan tolong-menolong.
Harapan saya sangat tinggi Malaysia akan pulih daripada wabak Covid19. Melihat kesungguhan pihak-pihak yang bertanggungjawab terutama barisan hadapan. Tahniah saya ucapkan.
Walaubagaimanapun, sejak Pilihanraya Sabah yang berlangsung baru-baru ini membuatkan hati saya tiba-tiba terkejut dengan tindakan ahli-ahli politik Malaysia. Saya melihat seolah-olah mereka seperti sangat tamak dalam mengejar matlamat masing-masing.
Bukan mereka tidak tahu masalah rakyat yang hilang pekerjaan, tidak cukup wang, tidak cukup makanan, merempat. Peratusan rakyat yang stress semakin tinggi kerana masalah Covid19. Walaupun masalah ini masalah global tetapi sekurang-kurangnya kita jangan timbulkan masalah lain di negara kita sendiri. Saya melihat dan membaca rakyat sangat berdikari dalam menangani wabak Covid19.
Rakyat terpaksa berkurung lama dalam rumah yang sangat kecil dengan ahli rumah yang ramai. Mereka sangat sabar dalam mengikut setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Saya sangat memuji sikap rakyat Malaysia dan saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Saya sediri tidak dapat membayangkan kepanasan yang terpaksa mereka lalui selama berjam-jam memakai 'mask'. Kanak-kanak ke sekolah memakainya dan ibubapa pula berkejaran ke pejabat dengan memakai topeng muka. Saya yakin meraka sangat rimas dan panas.
Tetapi, semua ini hanya sekadar bacaan untuk mereka yang sibuk untuk mengadakan pilihanraya. Seperti tiada perasaan untuk kami rakyat marten ini. Bersungguh-sungguh menyatakan diri adalah terbaik dalam menangani isu negara.
Pengalaman rakyat bersatu dalam menukar kerajaan Malaysia sudah mematangkan rakyat sebenarnya. Walaupun berlaku pertukaran sekali lagi sekalipun tetap rakyat marhaen ini begitu juga keadaannya. Rakyat Malaysia berdikari dalam menangani diri mereka sendiri.
Orang-orang politik sibuk mengejar matlamat sendiri dan periuk nasi sendiri. Sibuk dengan manifesto masing-masing yang tidak berkesudahan.
Dengar-dengarnya akan berulang lagi PKP.
Turun dan lihatlah ke Tanah, tersangat ramai yang merana dengan tindakan anda semua.
Yang ingin pulang ke Tanahair terpaksa ditangguhkan, yang ingin mendirikan rumahtangga terpaksa ditangguhkan, yang ingin mengerjakan haji terpaksa ditangguhkan.
Kami sangat kecewa dan sedih sebenarnya. Tangisan kami tidak dihargai...
0 ulasan