Entri ke 31
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya, dan saya pasti di saat ini memang saya seorang je lah yang paling rajin baca blog sendiri.. hihi
Sejak setahun yang lepas, hampir setiap pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah saya akan melakukan senaman ringan jogging keliling tasik. Selalunya saya berlari dan berjalan dalam sekitar 2 ke 3 kilometer. Memandangkan minggu ini adalah permulaan warm up saya, entah macamana saya berimpian untuk target berjogging sekitar 5 kilometer tetapi sehingga hari ini masih belum capai.. sikit lagi nak capai hari ini 4.8 kilometer. Apa yang saya nak cerita hari ini ialah, setiap kali saya round tasik setiap kali itulah saya akan melintasi Perpustakaan Awam tapi selama setahun ni tak pernah rasa nak menjengah ke situ. Hanya berangan sahaja untuk menjengah tapi tidak bersungguh...
Dan hari ini selepas jogging saya berazam untuk menyinggah. Bukan sahaja singgah tapi saya terus lepak sampai saya boleh siapkan entri blog kali ini. Yang paling ohsem sekali, saya boleh habiskan bacaan satu buku sekali singgah... haaa ok tak? Biasa je kot.. tak la luar biasa sangattt...
Buku ini hanya 100 muka surat sahaja tetapi apa yang saya rasakan selepas membaca buku ini, saya akan lebih selalu pasang angan-angan dan jangan takut untuk bermimpi... haaahaha...
Betul sangat masa kecik-kecik dahulu arwah abah saya kata jangan nak jadi Mat Jenin.. rupanya tak salah untuk jadi Mat Jenin. Yang penting jangan sampai jatuh pokok kelapa tu ajer..
Walaupun baru sahaja selesai berjogging tetapi saya tidak rasa mengantuk pun, serius bebb...
So tip penjagaan kesihatan hari ini... ajak diri kita ni pergi membaca buku selepas berjogging.. rasa superb...
Terima kasih kepada penulis buku M. Nizaar Mokhtar...
Ok...baiii nak balikkk
Doakan diriku untuk sambung jahitan beg ku yang tersadai.. 💪💪💪
#rajinrajinlahbacabuku
0 ulasan