Nak Jadi AGONG

Entri ke 32

Semalam semasa makan petang bersama anak-anak, aku bersembang dengan anak-anak sebuah cerita benar semasa aku berusia 8 tahun.  Pada mulanya aku nak kisahkan tentang cita-cita tetapi tercerita pula tentang ada seorang rakan sekelas saya yang ingin jadi Agong.

Anak-anak mendengar dengan penuh tekun.. habis satu ayat minta aku sambung lagi.  Sehinggakan popia goreng pedas habis di makan oleh mereka tanpa aku sedar.. adoi la anak-anak..

Bermula sebuah catatan pengalaman hidup...

Masa itu aku bersekolah di SRK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan.  Satu hari Cikgu Bahasa Malaysia (lupa pula nama cikgu tu) memberi tajuk karangan tentang 'Cita-cita Saya', ia perlu di siapkan dalam tempoh 2 hari.

Pada hari yang dijanjikan, Cikgu BM minta kami berdiri di kerusi masing-masing untuk bercerita tentang cita-cita masing-masing.  Ada yang ingin menjadi guru, doktor, askar, polis, jururawat dan banyak kali.  Ia seperti sebuah cerita rentetan dari satu kerusi kepada kerusi seterusnya, aku rasa macam biasa dan agak membosankan.  Aku sendiri pun mengisahkan cita-cita yang sekadar terfikir di kepala otak.  Nak jadi doktor.. hahahaha.. doktor jahitan sekarang ok la kann..

Sampailah giliran rakan di meja hadapan aku, namanya Arif Rasdan.  Dengan bangganya dia bercita-cita ingin menjadi Agong.  Aku punya la ketawa terbahak-bahak sampai dia menangis merajuk.  Cikgu BM pun ketawa juga tapi yang peliknya tidak semua gelakkan si Arif nih..  Agaknya tak faham kot.

Cikgu BM : "Mana boleh awak nak jadi Agong, lagipun awak bukan keturunan sultan ataupun raja".

Arif : "Kenapa tak boleh cikgu? Agong tu bukan cita-cita ke?" Bersungguh-sungguh Ariff bertanya.

Cikgu BM : "sebab awak bukan raja, ada paham!"

Arif : "Shahrul, kenapa aku tak boleh jadi agong?"

Aku : "Kan Cikgu dah cakap, kau bukan raja.  Lagipun nama kau pun tak ada Tengku ke Raja ke?    
            Agak-agak la kalau nak bercita-cita pun.  Eh! aku nak tanya kenapa kau nak jadi Agong?

Arif : "Sebab aku nak jadi kaya"

Aku : "Ingat jadi Agong je ke boleh jadi kaya, jadilah peniaga.  Berniagalah, jual macam-macam."

Arif : "Alaa.. iye ke"

Cikgu BM : "Arif, Shahrul.. Tak habis lagi ke pasal nak jadi Agong?"

Kali ini seluruh kelas ketawakan Arif.

Habis cerita pasal nak jadi Agong.

Anak-anak aku terus ketawa berdekah-dekah.  Umar pula mempersoalkan, boleh ke mama kalau kita nak jadi Agong.. aa sudahh.. tak boleh la sayang.. Lana pula menerangkan tentang raja berperlembagaan.  Aku pula mendengar dengan tekun, pandai juga anak aku ni bercerita.. Pada masa tu aku terfikir dah besar rupanya anak dara aku seorang nih..

Sebenarnya apa yang aku nak kisahkan entri kali ini ialah tentang jangan takut untuk bercita-cita walaupun cita-cita itu tak masuk akal.  Kisah Arif Rasdan walaupun kisah ini sudah lebih 30 tahun berlalu tetapi ia tetap segar berada dalam ingatan aku.  Harap-harap kalau dia ingat kisah ni, bolehlah tag aku ye.. tapi ni kisah semasa namaku Shahrubariah sebelum bertukar nama kepada Siti Khairulbariah.  Nak tahu cerita tukar nama kena tunggu entri lain..

#jangantakutbercitacita


0 ulasan