Penjagaan Kebersihan

Entri ke 22

Assalamulaikum w.b.t



Hari ini saya ingin kongsikan betapa pentingnya kita menjaga kebersihan .  Apabila di sebut aspek penjagaan diri, kita akan tekankan tentang penjagaan muka, gigi, tubuh badan, rambut dan sebagainya.  Ada satu perkara yang kita sering lupa menjaga iaitu menjaga kebersihan alam sekeliling.

Saya bukan sahaja bercakap tentang orang lain, malah saya sebenarnya bercakap tentang diri sendiri juga.  Selama ini kita sering mendengar masyarakat kita khususnya memuji negara lain bersih, rakyatnya pandai menjaga kebersihan, berdisiplin.. pergi kemana-mana terutama sekali tandas mesti bersih.  Contohnya negara Korea Selatan, ye memang saya memuji sikap rakyat mereka yang berdisiplin.  Pengalaman menjelajah ke negara winter sonata lebih daripada 3 tahun itu membuatkan saya rasa sungguh malu dengan sikap saya sendiri.  Kita sering memuji negara orang begitu begini kenapa tidak kepada negara kita sendiri.  Sesungguhnya saya amat menyayangi negara Malaysia.  Malaysia ada keistimewaannya tersendiri tetapi sikap majoriti rakyatnya yang suka mementingkan diri sendiri khususnya dalam penjagaan kebersihan amat menyedihkan.

Contohnya seorang lelaki yang sedang menghisap rokok sambil menunggu bas atau duduk berdiri di bawah pokok, setelah habis menghisap mereka akan terus membaling puntung rokok di bawah pokok.  Kalau tak pun mungkin di selitkan di dalam pasu pokok bunga.  Siapa yang nak kutip semua itu.  Bayangkan itu baru seorang sekiranya beribu orang yang melakukannya, memang tempat menunggu bas atau di bawah pokok itu penuh dengan puntung rokok. Ia tidak berlaku di Korea, masyarakatnya akan mencari tong sampah untuk membuang sampah walaupun sekecil puntung rokok.  Contoh yang lain tisu yang digunakan oleh wanita yang mengelap lipstik di surau-surau awam di selitkan di tepi rak-rak telekung.  Kesian..  penjagaan kebersihan yang sekecil ini pun kita tidak boleh amalkan bagaimana kita nak amalkan perkara yang lebih besar.

Contoh-contoh di atas adalah sebahagian sahaja, banyak lagi dan saya tidak nafikan kenapa masyarakat kita sukar untuk menguruskan tubuh badan kerana itu semua adalah berkenaan disiplin.  Contoh-contoh disiplin yang kecil seperti di atas telah berakar umbi dalam masyarakat kita.

Semasa saya melawat ladang epal di Korea, kawasan itu penuh dengan selut kerana musim hujan dan pada masa itu saya terfikir pasti kawasannya tidak bersih.  Malangnya anggapan saya sungguh meleset sama sekali.  Kawasan ladang itu sungguh bersih tiada sampah plastik merata-rata.  Ketika itu suhu sekitar 13 degree.  Memang sejuk bukan mudah mengendalikan sesuatu pekerjaan dalam suhu seperti itu.  Tandasnya sungguh bersih.

Kita tidak perlu menuding jari kepada siapa-siapa, kita boleh mulakan bersama-sama.  Apabila kita mengamalkan penjagaan kebersihan ia akan menjadi lebih mudah untuk kita mengamalkan penjagaan kesihatan.  Bermula dengan diri sendiri iaitu kita ubah sikap sendiri.  Insyaallah lama-kelamaan akan menjadi satu tabiat yang menguntungkan diri sendiri dan keluarga kita.

Mengikut catatan pengalaman saya sendiri, apabila saya mengamalkan menjaga kebersihan.  Saya menjadi lebih mudah untuk menguruskan masa dan lebih berdisiplin membuatkan hati lebih tenang.  Biarlah orang mengatakan saya cerewet bab-bab kebersihan tetapi saya amat yakin tidak seorang pun yang suka tinggal di kawasan yang penuh dengan sampah.  Berjalan dalan keadaan sampah di sekeliling.  Pengalaman pengembaraan di pelbagai negara mengajar tentang sayangi negara sendiri.

ok..sampai di sini celoteh saya hari ini.  Agak beremosi kerana sedih melihat sikap masyarakat yang bertamadun yang tidak menyayangi alam sekeliling.

byeee..



0 ulasan