Entri ke 21
Assalamualaikum w.b.t
Bila di sebut sahaja tentang kolesterol, ramai akan tiba-tiba gerun terdiam dan ada juga yang mengatakan banyak makan la tu.. Setiap orang ada jawapannya tersendiri...
Pada minggu lepas saya berjumpa rakan lama seorang bangsa Cina. Apa yang menariknya tentang pertemuan kali ini, beliau seolah-olah sangat teruja untuk menceritakan bahawasanya tahap kolesterolnya telah kembali normal. Ditambah pula dengan sokongan daripada anaknya yang mengatakan perkara itu benar-benar terjadi. Sebelum itu saya perkenalkan nama rakan saya Mr Teoh Seng Lock. Saya panggil Mr Teoh, baik orangnya dan sangat menghormati tetamu.
Di sini beliau sertakan lampiran laporan doktor pakar tentang tahap kesihatannya. Walaupun saya tidak faham apa yang ditulis pada laporan tersebut tetapi itu sudah membuatkan saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut. Saya juga memang tahu beliau ada mengamalkan pemakanan supplemen untuk mengurangkan tahap kolesterol sejak 3 bulan yang lalu. Dan pemakanan supplemen itu juga diamalkan oleh suami saya tetapi hanya bertahan selama sebulan sahaja. Memang tiada disiplin lah macamana nak jadi kan..

Saya yakin pasti ramai yang faham bacaan dari BP Lab ni kan.. apa yang saya faham laporan di atas tu laporan untuk tahun 2015 dan yang bawah ni tahun 2016. Memang banyak perbezaan tu kan. Itu lah penting istiqamah..
Selain daripada mengamalkan pemakanan supplemen secara istiqamah, beliau juga memang ada mengamalkan penjagaan kesihatan secara senaman pagi.. Lupa pulak nak tanya senaman apa yang di amalkan, selalunya orang cina suka buat senaman tai chi.
ok..berkenaan pasal produk yang di amalkan tu pula..
Ini lah produk yang di amalkan oleh Mr Teoh.
Apa yang saya telah baca tentang produk ini pula ialah ia merupakan produk buatan Malaysia dan merupakan kajian dari Universiti Sains Malaysia oleh Prof Dr Azhar Mat Esa.
Ia diformulasikan bagi menjaga kesihatan tubuh badan diperbuat daripada beras yis merah, asas bagi perubatan Cina sejak zaman dahulu, berasal daripada kulat yang tumbuh pada beras dan di makan sebagai makanan ruji di kebanyakan negara Asian. Beras yis merah adalah alternatif semulajadi yang popular untuk menjaga kesihatan. Secara semulajadinya, ia mengandungi beberapa sebatian yang dikenali sebagai monakolin yang baik untuk tubuh badan.
Itulah serba sedikit yang saya perolehi info daripada syarikat Zhulian.
Mungkin ada bertanya tentang harga pula, kalau menurut harga di kotak ialah RM 61.65, tetapi sebagai memudahkan urusan. Jika ada sesiapa yang berminat saya boleh beri dengan harga ahli sebanyak RM 53.15 tidak termasuk postage.
Mudahkan.. saya berharap kepada semua pembaca marilah kita mengamalkan cara hidup yang lebih sihat....
wassalam..
0 ulasan