Bagaimana untuk mulakan larian?

Entri ke 23

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua pembaca blog


Siapa yang suka berlari? mungkin ini soalan yang amat sesuai ditujukan pada kanak-kanak.. mesti semua angkat tangan tapi jarang yang mengangkat tangan apabila ditanya kepda si dewasa..

Tip penjagaan kesihatan pada kali ini ialah dengan berlari.  Berlari merupakan antara aktiviti yang boleh meningkatkan stamina, akan lebih berasa sihat dan akan mendapat ramai kenalan apabila kita berlari.  Untuk memulakan aktiviti tidak sesukar mana dan tidak memerlukan kos yang besar untuk berlari.

Catatan pengalaman saya sepanjang melakukan aktiviti larian ini, ia amat menyeronokkan sehinggakan ia sudah menjadi satu tabiat.  Pada peringkat awal, saya masih ingat lagi ia amat sukar dan saya rasakan badan saya sungguh berat.  Kenapa kita perlu melakukan larian? Untuk pengetahuan semua hanya dengan melakukan larian selama 5 minit kita sudah boleh memberi booster kepada kesihatan kita.

Bagaimana pula untuk kita melatih diri?  Di sini saya ada lampirkan cara-cara untuk mulakan larian.  Saya yakin ia amat berguna..



Anda boleh pilih untuk mulakan dengan melatih diri 
  • latih 3 kali seminggu
  • lari atau berjalan selama 20 - 30 minit, 2 kali seminggu
  • ambil masa untuk berlari atau berjalan (40 minit ke 1 jam) dalam seminggu
  • rehat atau buat senaman ringan di waktu hari yang tidak melakukan larian
  • berlari dalam keadaan selesa
  • lari dalam keadaan selang-seli


Jadi, apa lagi.. jom kita mulakan langkah sihat ini..

Saya harap ia amat berguna.  Bye semoga jumpa di lain entri

wassalam






0 ulasan