Makan Herba tetapi Masih Diserang Penyakit Jantung

Entri 24

Beberapa minggu sebelum saya membaca sebuah majalah i sihat yang berkisar tentang jantung.

Dan saya sendiri baru-baru ini amat terkejut apabila mendengar seorang kenalan rapat yang meninggal dunia ketika tidur, apabila diagnos rupanya ada masalah jantung.  Arwah merupakan seorang periang dan di katakan tidak ada masalah kesihatan serius.

Berbalik kepada cerita majalah i sihat, ada satu ruangan dalam majalah itu 'makan herba tetapi masih di serang penyakit jantung' amat menyentuh diri saya sehingga saya terus membeli majalah itu kerana artikel tersebut.

Di tulis oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad.

Beliau mengisahkan pertemuan dengan sahabat lama beliau yang dikatakan sihat kerana bertubuh tinggi dan tegap.  Seorang yang aktif bersukan dan beraktiviti berpersatuan.  Dr Zubaidi mengisahkan rakannya bercerita padanya bahawa rakannya seorang penghidap hypertension dan hypercholesterolemia.  Ini bermakna darahnya sentiasa tinggi dan tahap kolesterol dalam darahnya sentiasa tinggi.  Rakannya itu juga merupakan seorang yang tidak gemar makan ubat hospital dan kalau boleh mahu mencuba cara lain dahulu.

Malangnya selepas tiga tahun berlalu, rakannya itu memberitahu dia terkena serangan sakit jantung sebanyak 2 kali dalam tempoh 24 jam, yang pertama selepas selesai solat isyak dan ketika jam 3 pagi.  Dr mengesahkan memang heart-attack dan di beri ubat sebanyak lima jenis.  Ubat darah tinggi ada 2 jenis, ubat rendahkan kolesterol, ubat cair darah, ubat jantung dan ubat bawah lidah.

Tip penjagaan kesihatan luaran dan dalam daripada Dr Zubaidi ialah  "Apabila kita mencari penawar, kita haruslah meninggalkan racun.  Jika tidak penawar yang diambil, tidak memberi kesan".  Sekiranya kita ambil ubatan herba dalam masa yang sama kita ambil makanan dan minuman yang manis, yang menyumbangkan banyak kalori dan menyebabkan kita sakit, maka kita tidak akan mendapat faedah daripada ubatan herba.  Jika kita makan daging yang tidak sihat, dimasak dengan MSG atau minyak sayuran yang kaya dengan Omega 6, kita tidak mendapat apa-apa manfaat.

Kesimpulan daripada sini, masalah penyakit tidak dapat dikawal dengan baik, bukannya berpunca daripada pengambilan ubat yang tidak berkesan. Ubat harus diteruskan, tetapi menjaga pengambilan makanan juga penting.

Ubat tidak akan bermakna jika pesakit tidak menjaga makanan yang diambil.  Ubat tidak akan membantu mengawal penyakit jika pesakit tidak menjaga pantang penyakitnya.

Selain menjaga pemakanan, suplemen yang sesuai harus diambil untuk membaiki fungsi metabiolisme di peringkat sel.  Oleh itu suplemen yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, dapat membantu pesakit mengawal penyakit mereka dengan lebih baik.

Begitulah serba sedikit artikel daripada Dr Zubaidi.  Semoga ia dapat memanfaatkan untuk kita semua..

Wassalam





0 ulasan