3 Tips Penjagaan Kesihatan - Kenapa perlu ambil pemakanan tambahan
Entri ke 18
Assalamualaikum w.b.t
Sering kita mendengar rakan-rakan kita ataupun saudara-mara kita yang mengamalkan pemakanan vitamin, dan ada juga yang menolak pemakanan vitamin ataupun pemakanan tambahan. Kita juga sering di hidangkan dengan cerita-cerita jiran tetangga sahabat-sahabat yang menghidap penyakit 3 serangkai. Ia seperti menjadi cerita yang amat biasa.
Pada zaman nenek moyang kita, tiada istilah meninggal kerana penyakit darah tinggi ataupun kencing manis. Kenapa jadi seperti itu. Ini di sebabkan cara hidup dan persekitaran yang amat bersih. Adakah kita tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Persoalannya kenapa perlu ambil pemakanan tambahan?
3 tips penjagaan kesihatan untuk entri kali ini - kenapa perlu ambil pemakanan tambahan?
1. Pelengkap kepada makanan yang kita ambil.
Tidak dinafikan setiap hari kita makan tetapi adakah kita pernah terfikir apa yang kita makan, makanan itu diperlukan oleh tubuh badan kita. Kadang-kadang makanan yang kita ambil hanya menjadi lemak tepu seterusnya menjadikan beberapa bahagian tubuh kita semakin gempal. Contohnya hari-hari kita ambil makanan yang bergoreng setiap pagi tetapi ia hanya menambahkan kalori kepada tubuh badan kita. Tubuh tidak memerlukan makanan yang tinggi karbohidrat setiap hari. Ini yang kita perlu ambil pemakan tambahan. Kadang-kadang kita makan suplemen vit C dan vit E. Apakah kebaikan vitamin-vitamin ini kepada tubuh badan kita? Yang ini kita cerita pada lain entri.
2. Ia menjadi pengurus kepada sistem penghadaman tubuh badan.
Apabila kita berkumpul bersama kawan-kawan dan sanak saudara, kita sering mendengar topik yang diutarakan tentang sukar membuang air besar. Kenapa jadi seperti ini? Apabila kita semak cara pemakanan harian yang di ambil kebanyakan makanan yang di ambil hanyalah berunsur karbohidrat dan lemak. Ia menjadikan sistem penghadaman kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan tubuh kita jadi lesu. Kekurangan makanan yang berunsur hijau juga kurang di ambil dalam diet harian kita. Pemakanan suplemen di ambil akan membantu sistem penghadaman dan seterusnya akan menyebabkan tubuh kita akan lebih cergas dan bertenaga.
3. Otak kita akan lebih pantas berfikir.
Biasa dengar penyakit alzhiemer iaitu penyakit lupa ingatan. Mungkin kita akan katakan itu adalah penyakit biasa bagi orang yang sudah berusia tetapi bagaimana pula jika penyakit ini terkena kepada orang yang berusia kurang daripada 50 tahun. Sekiranya kita ambil perhatian daripada situasi ini, ia juga berpunca daripada cara pengambilan makanan seharian kita yang kita amalkan bertahun-tahun. Kita jarang memikirkan makanan apa yang sepatutnya diambil untuk kecerdasan otak kita. Otak yang lemah berfikir akan menyebabkan kelesuan kepada tubuh badan kita, akhirnya kita akan jadi bermalas-malasan. Pengambilan pemakanan suplemen seterusnya akan membantu otak kita lebih cerdas berfikir.
Apa yang saya tuliskan kali ini adalah daripada catatan pengalaman saya sendiri, di mana kita sering lupa apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita hanya sering mengambil makanan yang hanya untuk kepentingan selera kita.
Marilah kita sama-sama mengamalkan kehidupan yang lebih sihat kerana kehidupan yang sihat akan menyebabkan seluruh ahli keluarga akan lebih gembira bersama dengan kita.
Sekian untuk kali ini. Jumpa di lain entri..
Byeee.
Wassalam

0 ulasan