5 Kaedah Penjagaan kesihatan Luaran dan Larangan-larangan Khusus Untuk Muka

Entri 5



Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera salam sihat buat warga pembaca blog.  Pada entri kali ini saya ingin berkongsi 5 kaedah penjagaan kesihatan luaran khusus untuk muka.

Sama ada anda mempunyai kulit kering, kulit sensitif ataupun berjerawat.  Semuanya ingin memiliki kulit muka yang licin dan gebu.  Saya amat yakin semua di kalangan kita ingin merawat masalah ini dengan pantas, tetapi tidak ada rawatan yang pantas untuk mengatasi masalah muka.  Kita perlu bersabar dalam menjalani setiap rawatan dan jangan stress.

Adakah anda tahu, sebenarnya banyak perawatan untuk muka yang menggunakan modal yang sangat kecil.  Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya berada di dapur anda.

Berikut merupakan kaedah yang ingin saya kongsikan :-





1.  Kaedah #1 : mencuci muka dengan betul.

Setiap hari muka kita terdedah dengan pelbagai kekotoran.  Jadi kita perlu cuci muka setiap hari minimum 2 kali.  Gunakan sabun atau pencuci muka yang sesuai dengan muka anda.  Kemudian, bilas dengan sempurna.  Keringkan dengan betul.




2.  Kaedah #2 : Exfoliate

Kaedah ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.  Sekiranya tidak dilakukan, ia boleh mengakibatkan kulit berjerawat dan berjeragat. Tempoh masa yang diperlukan hanyalah 10 minit.  

Buat skrub muka.  Mula-mula anda basuh muka dengan air suam.  Kemudian, gunakan exfoliate pada muka.  Bilas dan keringkan muka anda


3.  Kaedah #3 : Segarkan muka (penyegar)

Selepas kita bilas muka, jangan lupa segarkan muka anda dengan penyegar (toner).  Ia untuk memberi kesegaran kepada kulit muka kita selepas sentalan.  Ia menutup semula pori-pori yang terbuka tadi secara lembut.



4.  Kaedah #4 :  Lembapkan muka (moisturizing)

Selepas memakai toner, gunakan pelembap.  Sebaik-baiknya pilihlah pelembap untuk siang dan malam.  Ini untuk mengelakkan muka menjadi kering dan sekiranya muka kita mengalami kekeringan lama kelamaan akan timbul jeragat apabila kita meningkat usia. Gunakan pelembap yang berkualiti.  Untuk pelembap ini hanya gunakan teknik 'dabbing' sahaja supaya kulit akan lebih anjal.




5.  Kaedah #5 :  Rawatan dan petua tradisional

- cuci kulit dengan kunyit
- bersihkan kulit dengan cuka epal
- boleh juga gunakan madu
- boleh juga di basuh dengan tomato yang diramas-ramas

Larangan semasa penjagaan kulit muka


  1. Pastikan bahan-bahan yang dinyatakan di atas tidak termasuk mata.
  2. Amalkan pemakanan yang sihat.  Pemakanan yang seimbang boleh memberikan anda kulit yang sihat dan cantik.
  3. Semasa membilas muka, anda perlu menepuk-nepuk muka bukannya dengan menggosok-gosok pada kulit supaya kulit tidak cedera.
  4. Jangan pakai masker atau scrub muka pada bahagian keliling mata kerana keliling mata merupakan kulit yang paling nipis di bahagian muka.
  5. Jangan gunakan tuala muka yang kasar, pilih yang lembut.
  6. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, anda digalakkan untuk mencuba cara-cara di atas dengan kadar minimum terlebih dahulu.


Sekian untuk entri perkongsian kali ini.  Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua. Berjumpa lagi di lain entri.

Wassalam.

0 ulasan