Catatan Pengalaman ke Bumi Bersejarah Melaka
Entri ke 6
Bismillahirramanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke atas Ilahi di atas limpah kurniaNya kepada hamba-hambanya di atas segala nikmat yang diberi. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi catatan pengalaman selama 2 hari di bumi sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin ramai di kalangan pembaca yang sudah berkali-kali ke Melaka dan saya sendiri juga sudah beberapa kali ke sini.
Tetapi apa yang menariknya kali ini, pertama kali saya membawa kedua orang putera puteri saya menjejak kaki di bumi bersejarah ini. Terasa lain benar perasaan ini. Kalau dulu saya pergi bersama kawan-kawan satu universiti tetapi kali ini bersama anakanda tersayang.
Pada pendapat saya Melaka sudah jauh berbeza. Ye lah..lagipun sudah hampir 20 tahun saya tidak ke kawasan sejarah ini. Tentulah berbeza kan.
Pada hari pertama, kami menaiki cruise Melaka...memang menarik..saya dapat melihat rumah-rumah tradisional Melaka di Kampung Morten. Kelihatan para pelancong sibuk melayan diri dalam menghayati suasana negeri Melaka. Saya fikir kita patut bawa generasi kita mengenali negeri ini.

Kelihatan keadaan awan yang sungguh indah dan cantik susunan kepulan-kepulan awan seperti lukisan yang kita lukis di atas langit.
Kelihatan bangunan lama yang masih lagi kukuh dan tersergam indah.
Pada hari kedua, kami ke kawasan A Famosa dan juga Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Melihat gambar-gambar di dalam Memorial memberikan saya satu perasaan sayu hiba tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam menunut kemerdekaan Tanahair. Kemudian kami melangkah ke Muzium Istana kesultanan Melayu Melaka.
Hikayat Hang Tuag yang terletak di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Tulisan jawi lama.
Mata wang pokok pisang yang digunakan pada zaman penjajahan Jepun. Dikatakan pada zaman ini mata wang tidak laku di pasaran.
Hampir 2 jam setengah kami melawati muzium dan Taman Larangan Diraja Kesultanan Melayu Melaka. Tekak sudah terasa dahaga, kami menyusur pesisiran Sungai Melaka sambil menikmati keindahan Bandaraya Melaka. Kami singgah di Gerai Cendol Jam Besar. emmm....sungguh enak rasanya. Orang kata cendol yang paling popular di sini. Memang sedap. Kepada sesiapa yang datang ke Melaka wajib singgah di gerai cendol ini. Ia terletak betul-betul di tepi Sungai Melaka dan Jam Besar.
Selepas menikmati cendol di sini, Lana mula ajak balik..dah penat katanya..Kami meneruskan perjalanan ke Merlimau. Ke mana? Sambung di entri seterusnya.
Sampai di sini dulu.
Sekian. Wassalam
Bismillahirramanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke atas Ilahi di atas limpah kurniaNya kepada hamba-hambanya di atas segala nikmat yang diberi. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi catatan pengalaman selama 2 hari di bumi sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin ramai di kalangan pembaca yang sudah berkali-kali ke Melaka dan saya sendiri juga sudah beberapa kali ke sini.
Tetapi apa yang menariknya kali ini, pertama kali saya membawa kedua orang putera puteri saya menjejak kaki di bumi bersejarah ini. Terasa lain benar perasaan ini. Kalau dulu saya pergi bersama kawan-kawan satu universiti tetapi kali ini bersama anakanda tersayang.
Pada pendapat saya Melaka sudah jauh berbeza. Ye lah..lagipun sudah hampir 20 tahun saya tidak ke kawasan sejarah ini. Tentulah berbeza kan.
Pada hari pertama, kami menaiki cruise Melaka...memang menarik..saya dapat melihat rumah-rumah tradisional Melaka di Kampung Morten. Kelihatan para pelancong sibuk melayan diri dalam menghayati suasana negeri Melaka. Saya fikir kita patut bawa generasi kita mengenali negeri ini.
Kelihatan keadaan awan yang sungguh indah dan cantik susunan kepulan-kepulan awan seperti lukisan yang kita lukis di atas langit.
Masih lagi kelihatan peninggalan penjajah Portugis ke pesisir Sungai Melaka ini. Melihat tembok ini mengenangkan saya rakyat pada zaman itu. Mesti mereka amat sukar dalam mencari sebuah impian. Mungkin itu pada fikiran saya sahaja.
Kelihatan bangunan lama yang masih lagi kukuh dan tersergam indah.
Kami berjalan lagi melihat bangunan bersejarah pada zaman Laksaman Cheng Ho. Lana sungguh teruja melihat bangunan-bangunan sejarah sambil bercerita apa yang telah dipelajari di sekolah.
Hikayat Hang Tuag yang terletak di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Tulisan jawi lama.
Mata wang pokok pisang yang digunakan pada zaman penjajahan Jepun. Dikatakan pada zaman ini mata wang tidak laku di pasaran.
Barang-barang lama yang terdapat di Muzium Kesultanan Melayu Melaka

0 ulasan