Catatan Pengalaman ke Dusun

Entri ke 7

Assalamualaikum w.b.t

Untuk entri kali ini adalah sambungan daripada cerita entri ke 6.  Selepas kami membuat kami membuat lawatan sambil belajar ke Bandaraya Bersejarah.  Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik ipar saya di Merlimau Melaka.

Nak tahu apa yang menariknya di sini ialah tentang dusun di belakang rumahnya.

Memang luas di belakang kawasan rumahnya.  Tanah seluas 1.8 ekar ini mempunyai pelbagai pokok buah-buahan antaranya rambutan, pulasan dan manggis.

Terlebih dahulu saya minta maaf, saya tidak dapat menyiarkan gambar dusun sebabnya saya terlupa nak bawa kamera semasa masuk ke dusun.

Apa yang boleh kita kongsikan di sini ialah taraaaa...inilah hasilnya..Memang banyak buahnya, bayangkan hampir 3 poko saya goncangkan.  Namun apa yang tidak sanggup tentang semut.  Habis tangan saya dihurung semut-semut yang besar.



 Jadi selepas buah diambil daripada pokok, kami merendamkan buah-buah manggis ini supaya memberi peluang kepada sang-sang semut untuk berenang ke tepian.  Kami memberi peluang namanya...hahahahah..

 Ini ialah si Merah..suami yang penyayang kepada isteri-isterinya..hahaha..Kalau makan tetap meninggalkan separuh bahagian lagi untuk si isteri.  Sayu pula rasanya.  Itulah sepatutnya dilakukan oleh sang suami yang bernama manusia. 


 Suasana membuang semut..letih tau..Makan sekejap sahaja dah habis, tapi proses untuk mendapatkan buah manggis sehingga sampai di gerai-gerai jualan mengambil masa yang lama.  Jadi kepada peminat-peminat buah manggis, sedarlah bukan tau nak makan buah nih..

  Gambar si Merah yang handsome


okay..sampai di sini dahulu untuk entri kali ini..semoga bertemu di lain entri..

Sekian. Wassalam


0 ulasan