Catatan Pengalaman Dalam Bisnes

Entri ke 8

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdullilah..saya mengucapkan syukur di atas kurniaNya, saya dapat menulis dan berkongsi sedikit ilmu pada entri kali ini.  Mungkin ada yang sudah membaca tentang diri saya dan mungkin juga ini adalah entri pertama yang anda kunjungi.  Saya amat yakin apabila anda mencari tajuk entri ini mestilah kita sedang mencari-cari tentang peluang perniagaan.

Bagi saya laluan bisnes saya amat menarik dan saya fikir saya perlu kongsikan pada anda semua.

Saya pernah melakukan bisnes Multilevel Marketing selama 6 tahun.  Pengalaman yang boleh di katakan masih baru dalam satu-satu bisnes.  Jadi ilmu pun masih belum cukup didada orang tua kata.

Apa yang ingin saya katakan di sini apa sahaja namanya bisnes, ia mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh.  Saya ingin kongsikan pengalaman dan tips bisnes yang sedikit ini dengan warga pembaca.

Ketika saya melakukan bisnes ini, saya keluar dari rumah hingga ke malam mencari pelanggan dan bertemu pelanggan.  Saya tidak berkira  masa dan tenaga jika ada pelanggan ingin berjumpa ketika hujung minggu ataupun di malam hari.  Begitulah juga saya membantu para downlines, tidak kira di mana jua.  Sekiranya bersesuaian dengan masa, saya akan pergi membantu mereka.  Pernah beberapa kali dalam tempoh 2 minggu saya berulang alik ke Seremban dari Shah Alam setiap hari kerana menunaikan temujanji dengan pelanggan. Walaupun ketika dalam tempoh itu saya tidak mendapat sebarang pembelian daripada pelanggan.  Apa yang saya belajar dari sini, rezeki bukan datang dengan sekelip mata ataupun secara pantas tetapi ia akan datang bila kita sudah bersedia memikul tanggungjawab dengan rezeki itu.  Memang benar selepas sebulan saya mendapat order daripada pelanggan yang berada di Seremban tidak putus-putus.  Sehingga kini pelanggan itu masih lagi berurusan baik dengan saya dan menjadi pelanggan tetap saya.  Dalam pelajaran pemasaran teknik ini di panggil servis dan follow-up.  Tak salah kalau kita hanya melayan pelanggan walaupun mereka tidak membeli barang dengan kita tetapi mereka akan memperkenalkan servis kita pada rakan-rakan mereka yang lain.  Pelanggan hanya suka mendengar cerita-cerita yang menyeronokkan dari pihak kita bukan masalah daripada penjual.  Betul tak?

Kita pun hari-hari menjadi pembeli tentu kita juga tidak mahu mendengar masalah daripada penjual.  Sebagai penjual kita tak perlu cerita contohnya masalah anak kita, suami ataupun masalah adik beradik kita.  Buat orang meluat mendengar cerita kita.

Selain daripada itu, saya ingin katakan sebagai penjual kita perlulah jaga servis seperti servis penghantaran produk.  Bagi saya, produk yang di pesan oleh pelanggan kita mesti cepat di uruskan dan produk itu mestilah tepat jangan tersalah pula produk yang sampai pada pelanggan.  Saya masih ingat lagi, semasa saya di Korea Selatan.  Servis penghantaran produk kepada pelanggan sangat tip top.  Haaa....faham-faham je lah kalau maksud tip top tu.. Kita tidak boleh meminta pelanggan faham situasi kita.  Sekiranya berlaku kelewatan semsa penghantaran kita mesti hubungi pelanggan dan meminta maaf di atas kelewatan.  Pernah ke dengar customer always right..macam tu lah..

Apabila produk sudah sampai kepada pelanggan, jangan lupa hubungi mereka semula untuk bertanya tentang status produk yang diterima dan ucapkan terima kasih kerana menggunakan khidmat kita.  Apa yang penting di sini, sebagai jurujual kita wajib mengajar pelanggan kita cara menggunakan produk tersebut.  Orang kata nak jadi penjual yang baik, kenalah jaga komunikasi.  Betul ke apa yang saya kata..hihihi

Baiklah sampai di sini dulu entri kali ini.  Semoga mendapat manfaat kepada anda semua..

Byeeee.










0 ulasan