5 Tip Penjagaan Kesihatan Secara Asli


Entri 4 :


Cantik seseorang datangnya daripada hati dan karakter masing-masing.  Kita sering mendengar dan melihat wajah orang yang bersih, dan kita mudah dekatinya.  Mungkin juga hatinya bersih ataupun kita boleh kata mungkin juga orang ini ikhlas.  Orang yang bersih hatinya mempunyai aura yang positif.  Namun, ramai pada hari ini yang cuba mencari amalan-amalan pemakanan ataupun rawatan dari segi fizikal dan dalaman untuk kelihatan cantik.  Tidak lupa juga ramai yang hanya mementingkan rawatan fizikal semata-mata untuk kelihatan cantik.  Tanpa kita sedari, ia kadang-kadang merosakkan diri dalam jangka masa panjang.

Pada entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tip penjagaan kesihatan dan juga tip pemilihan makanan.  Ada yang saya rujuk daripada majalah dan ada juga yang merupakan amalan pemakanan saya sejak zaman remaja yang saya pelajari daripada bonda.  Semoga ia dapat memberi manfaat kepada warga pembaca.  Setiap tip yang saya kongsikan akan lebih menyerlah jika kita amalkan bersama doa-doa.  Semoga Tuhan makmulkan permintaan kita.

1.  Mengempiskan perut

Perut yang kempis dan kemas menjadi impian kepada setiap wanita malah tidak dilupakan pada jejaka-jejaka di luar sana.  Salah satu yang di amalkan ialah cuka epal.  Minum setiap pagi sebelum sarapan 2 sudu teh dibancuh bersama air suam.  Ada banyak kelebihan jika kita amalkan minum cuka epal.  Lagipun cuka epal mudah didapati di mana-mana pasaraya.

2.  Menaikkan seri wajah

Bahagian yang sentiasa wanita utamakan adalah bahagian wajah.  Amalan utama yang saya amalkan adalah cuci muka sebelum tidur, sebaiknya gunakan air suam.  Jangan tidur dalam keadaan wajah bermake up, ia merupakan punca wajah lama-kelamaan kurang seri.  Selepas cuci muka, pastikan pakai penyegar bagi memastikan wajah akan sentiasa segar.  Selain daripada itu amalkan makan spirulina selepas 1 jam makan malam, lebih baik kunyah supaya penyerapan lebih sempurna.  Spirulina berfungsi untuk menambah darah dan melancarkan perjalanan darah.

3.  Wajah lebih menawan

Selain daripada menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga mencuba air kelapa muda untuk menaikkan seri wajah.  Cara-caranya mudah sahaja, kacau setengah gelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung.  Amalkan dengan meminumnya pada waktu tengahari 3 hingga ke 5 kali sseminggu.  Insyaallah kulit akan kelihatan lebih berseri dan kelihatan mulus.

4.  Menggalakkan mata

Mata sama bahagian yang sama penting penjagaan seperti mata.  Bak kata orang tua daripada mata jatuh ke hati.  Petua ini saya perolehi daripada ibu saya.  Tekapkan mata dengan uncang teh yang telah digunakan selama 5 - 10 minit.  Lebih baik kalau kita amalkan setiap hari.

5.   Meremajakan kulit

Tip penjagaan kesihatan dalaman yang terakhir ini sangat hebat bila diamalkan dan amat mudah.  Amalkan memakan daun salad.  Daun salad mengandungi vitamin A dan kalium.  Ia juga meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Baik setakat ini dahulu entri kali ini.  Semoga ia memberi sedikit gambaran kepada pembaca semua.

Sekian.  Wassalam


0 ulasan