Selamat Tahun Baru 2017 catatan pengalaman

Entri ke 19

Assalamualaikum w.b.t



Bismillahirahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan dan dipanjangkan usia hingga ke hari ini.  Pada entri kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya impikan dan berharap supaya rakan-rakan juga mempunyai harapan dan juga impian untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Pada tahun 2016 merupakan adalah sebuah catatan pengalaman dan 2017 adalah sebuah impian.  Tahun 2016 saya berimpian untuk menunaikan fardu Haji bersama suami dan ibu mertua tetapi tidak ada rezeki.  Saya berharap pada tahun ini impian ini terlaksana.  Saya mulakan hari pertama pada tahun ini dengan tanggungjawab menjadi peserta untuk Kursus Haji.  Banyak perkara dan tips yang saya perolehi daripada kursus pada hari pertama.  Untuk pengetahuan kawan-kawan semua Kursus haji ada 18 siri, jadi memang selama 18 kali kita perlu habiskan.  Memang kena bersabarlah untuk habiskan.  Kursus Haji ini bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari.  Sekejap sahaja kan.  Ada kursus dikendalikan oleh Tabung Haji dan ada kursus di kendalikan oleh pihak ajk masjid sendiri.

Antara pesanan yang disampaikan oleh penceramah Tuan Haji Karim adalah:-

1.  Kita tidak tahu tarikh ajal kita

Jadi di sini beliau tekankan pentingnya kita mempercepatkan urusan hutang kita dengan Allah iaitu Fardu Haji.  Betul juga kan, kadang-kadang kita tak perasan duit dalam tabung haji dah cukup tapi kita lupa buat pendaftaran haji.  Berdosa tau sekiranya kita sudah mampu...mmm

2.  Sering mencipta pelbagai alasan

Bercerita tentang alasan, setiap individu pasti ada alasan yang kukuh untuk menyatakan tidak dapat pergi menunaikan haji.  Antara yang sering kita dengar anak masih kecil lagi.  Betul juga kan, anak kecil lagi tapi kalau nak tunggu anak besar.. tup tup anak kecil lain pula muncul.  Akhirnya kita sering memberi alasan anak masih kecil.  Berbalik pada alasan nombor satu, kita tidak tahu tarikh ajal kita.. mmmm

3.  Belum sampai seru

Kata penceramah tersebut sebenarnya seru tentang haji memang sudah kita dapat sejak mula-mula berakal apabila sering di momokkan tentang orang balik Haji.  Kita pula yang masih kecil ini menyebut perkataan Haji... so itulah seru haji namanya ...mmmm

Itulah serba sedikit tentang isi kandungan kursus haji siri 1..  saya rasa banyak tips yang saya perolehi bukan dari nota.

Jumpa anda insyaallah pada lain entri

Wassalam


0 ulasan