10 Tips Penjagaan Kesihatan Luaran dan Dalaman - Jika Terlebih Makan
Entri ke 17
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya ingin kongikan tajuk Jika Terlebih Makan...
Saya amat yakin.. di kalangan kita pasti sering makan terlebih dan apabila terlebih makan kita akan rasa menyesal kerana makanan itu telah merosakkan diet kita pada hari itu. kannn
Artikel di bawah ini saya ambil daripada Mingguan Wanita November 2016 ruangan Kelab Diet.
10 Tips JIKA anda terlebih makan...
Jika anda kerap rasa tidak selesa dan terlalu kenyang selepas makan, ini masanya untuk melakukan perubahan. Kita kena atasi isu terlebih makan ini secara jujur.
1. Menyamakan rasa lapar dan dahaga
Kebanyakan orang keliru antara rasa dahaga dan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, sukar untuk mengetahui itu sama ada anda rasa dahaga atau lapar. Oleh itu cuba minum air dan tunggulah antara 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi?
2. Tidak makan sarapan pagi
Meninggalkan sarapan pagi kelihatan seperti cara baik untuk menjimatkan kalori. Tetapi apabila anda mula makan hidangan seterusnya, berkemungkinan anda akan makan apa sahaja yang terhidang di hadapan mata. Jika anda tidak ada masa untuk masak sarapan yang menyihatkan, apa kata rancang dahulu lebih awal untuk menyediakan resepi sihat.
3. Makan depan skrin televisyen atau komputer
Menikmati hidangan makanan di hadapan atau komputer. Keadaan ini juga akan menyebabkan kita terlebih makan. Apabila minda anda sedang serius dan berfikir dengan mendalam terhadap plot rancangan televisyen atau e-mel yang sedang anda baca bermakna anda tidak ada masa untuk fokus terhadap makanan. Waktu makan hanya untuk makanan. Televisyen atau komputer tidak akan lari. Sebaik anda selesai makan, sambungkan semula aktiviti menonton mahupun melayari internet.
4. Tak melatih diri mengawal pembahagian makanan
Jangan sesekali makan lebih daripada sepatutnya. Jika beli makanan, hadkan jumlah makanan yang dimakan. Diharapkan anda ada kawalan terhadap keinginan untuk menambah lagi makanan. Jika ada makanan yang terlebih, elakkan dari menghabiskan. Lakukan apa sahaja asalkan anda mengawal keinginan makan berlebihan.
5. Makan ikut keperluan pasangan
Apabila pasangan anda tidak risau berkaitan tabiat makan berlebihan, adalah sukar untuk tetap kekal berada di landasan yang benar. Situasi ini sering berlaku apabila anda masak dan makan bersama-sama. Jika ini masalah anda, ikutlah tip ini apabila masak di rumah. Gunakan bahan-bahan yang sama tetapi masak hidangan yang berbeza. Anda pilih hidangan yang lebih sihat dan kurang kalori.
6. Pinggan & mangkuk terlalu besar.
Tahukah bahawa saiz pinggan atau mangkuk boleh menjurus kepada makan berlebihan? Penyelidik menggelarnya sebagai kesalahan pinggan besar. Apabila terdapat lebih banyak ruang pada pinggan atau mangkuk, ia membuatkan bahagian makanan kelihatan sedikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutunya anda makan. Di sebalik memenuhkan makanan di atas pinggan, apa kata anda tukar kepada pinggan dan mangkuk lebih kecil.
7. Menuruti keinginan dengan sedikit rasa bersalah
Sesiapa sahaja yang terfikir keburukan selepas menikmati sesuatu makanan. Yang mana dia menurut saja rasa hatinya mahu makan demi kesihatan tubuh barangkali akan mendapat keputusan yang sebaliknya. Dalam satu kajian donut terkenal, pengkaji menemui wanita yang menerima pesanan belas kasihan selepas makan donut akan makan kurang gula-gula jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menerima pesanan yang sama.
8. Tidak pernah makan snek atau makanan ringan
Malangnya, ada antara kita yang menganggap makan snek atau makanan ringan adalah tidak baik. Adalah penting untuk menyedari dengan mengambil makanan ringan boleh membantu anda mencapai sasaran menyihatkan. Asalkan anda mengikutnya melalui perspektif sihat. Snek sebelum dan selepas bersenam memberi bekalan tenaga dengan zat yang diperlukan tubuh. Menikmati snek sihat antara waktu makan boleh membantu anda daripada terlebih makan.
9. Terlebih makan selepas bersenam
Sebaik anda melakukan senaman berat, jangan gunakan alasan tersebut untuk menurut kata hati dan makan dengan banyak. Melainkan waktu makan, snek selepas waktu bersenam seharusnya mengandungi lebih kurang 150 kalori.
10. Semua itu adalah emosi
Jika anda cenderung untuk melegakan diri dengan makanan, ini bermakna bukan anda seorang sahaja yang berada dalam keadaan sebegini. Makan dengan banyak apabila berada dalam keadaan tertekan atau sedih akan membuatkan anda berlaku tidak adil pada tubuh. Lain kali apabila anda mahu makan snek yang tidak sihat, tanyalah diri sama ada anda lapar atau sebaliknya. Soalan ini seperti mudah tetapi tiga perkataan ini boleh menjadi satu perbezaan besar dalam tabiat terlebih makan.
Ok...begitulah serba sidikit tips untuk amalan kita semua. Saya berharap 10 tips ini membantu kepada semua pembaca blog saya.
Insyaallah ...bertemu di lain entri.
Byee..Wassalam

0 ulasan