Entri 12
Assalamualaikum w.b.t
Assalamualaikum w.b.t
Apabila disebut sahaja tentang penjagaan kesihatan sering kita hanya fikirkan tentang penyakit-penyakit 3 serangkai. Adakah kita ada terfikir bahawasanya penyakit-penyakit itu berpunca daripada mana?. Selain daripada makanan ia juga berpunca daripada stress, memaksa melakukan perkara-perkara yang kita tidak suka akhirnya mengundang stress yang sangat mendalam.
Apa kata kita duduk sejenak dan fikirkan apa sebenarnya minat kita. Jangan terkejut bila kita kenangkan hobi kita semasa kecil adalah menyusun kain-kain perca mak kita yang sudah tidak digunakan. Hobi kita adalah mengemas rumah, menyapu pantang nampak sampah dalam rumah memang cepat sahaja kita capai penyapu dan menghayunkan ke sampah durjana itu. Ha macamana ok tak? Cuba kita fikirkan sejenak.
Ada juga sesetangah daripada kita yang suka bersukan, ia juga merupakan aktiviti riadah yang sangat bagus untuk minda dan badan kita. Bayangkan apabila kita rasakan terlalu letih dengan persekitaran suasana rumah kita. Kita keluar melakukan aktiviti seperti berjogging ataupun mengayuh basikal keliling tasik. Tiba-tiba otak yang tadi keletihan suram terus jadi segar bugar. Tak percaya cubalah. Saya sudah cuba. Wallaaa...
Apa yang saya nak kongsikan di sini, saya rasa bersyukur kepadaNya kerana saya berjaya menyiapkan seutas totebag. Bagi saya baru memulakan hobi ini, pastilah amat gembira apabila dapat menyelesaikan dalam tempoh satu hari walaupun hanya berguru melalui whatsapp. Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Nasir fb:Nasir Hamzah. Kepada yang berminat nak belajar bolehlah terus ke fb Cikgu Nasir.
Taraaaa....Banyaknya la binatang liar.
ok..sampai di sini dulu perkongsian kali ini. Saya berharap supaya apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Aminn
Byee..
Wassalam.
0 ulasan