5 Tip Penjagaan Kesihatan Luaran Khusus untuk Muka menggunakan Cuka Epal
Entri 11
Assalamualaikum w.b.t
Kali ini tajuk entri agak panjang dan saya rasakan ia sangat istimewa. Pernah tak anda terfikir tentang khasiat cuka epal. Pasti ramai yang tahu tapi macam buat tak tahu. Bayangkan apabila di tuang sahaja ke cawan baunya semerbak satu taman. Jangan tak tahu terlalu banyak khasiat pada cuka epal...hihihi.
Pada kali ini saya ingin kongsikan tentang rahsia dan juga khasiat cuka epal. Saya amat tertarik dengan artikel yang saya perolehi di salah satu laman web berbahasa inggeris tentang rahsia cuka epal pada wajah kita.
5 Tip Kenapa Perlu Guna Cuka Epal Pada Wajah :-

- Ia boleh menghilangkan jerawat apabila di pakai sebelum tidur malam. Ia berfungsi untuk mengecutkan jerawat. Anda hanya perlu menggunakan kapas dan lakukan dab pada jerawat tersebut insyaallah ia akan hilang.
- Sekiranya anda pakai 2 kali seminggu ia akan berfungsi untuk menegangkan kulit muka. Ini disebabkan ia berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati pada wajah kulit anda. Gunakan selama 30 minit dan kemudian bilas. Ia lebih di galakkan di gunakan 2 kali sehari untuk menampakkan perbezaaan wajah anda.
- Cuka epal juga berfungsi untuk memudarkan jeragat kerana ia bertindak sebagai antibakteria, antikulat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.
- Muka akan nampak lebih berseri kerana cuka epal akan menyeimbangkan kadar pH kulit anda. Ia akan membantu kulit anda kelihatan tidak berminyak dan tidak terlalu kering.
- Rahsia terakhir cuka epal bertindak mengurangkan kedutan. Anda boleh juga menggunakan kapas muka dan lakukan dabbing pada bahagian bawah mata. Kemudian bilas dengan menggunakan air suam dan tuala kering.
Haaa...macamana ada perasaan nak mencuba. Lagipun apa yang menarik di sini cuka epal sangat mudah di dapati di mana-mana pasaraya dan harganya sangat berpatutan. Jadi tunggu apa lagi. Jom!
ok..insyaallah sampai bertemu di lain entri..
Byee..Wassalam
0 ulasan