Catatan Harian Pengalaman Anak Demam

Entri 13

Assalamualaikum..w.b.t

Genap seminggu blog ini kesunyian dari tinta penulisan saya.  Hampir setiap minit saya di usik perasaan bersalah kerana tidak menjengah ke blog ini.  Seminggu berkejaran dengan anak-anak yang jatuh sakit.  Daripada yang bongsu pergi berjangkit kepada kakaknya Lana.

Saya amat yakin pasti sangat ramai ibu-ibu yang akan huru-hara bila anak demam, di tambah pula kalau yang jatuh sakit tu serentak.

Pada hari Umar diserang demam, dia mengadu sakit perut dan tak larat nak naik tangga untuk pergi ke kelas tuisyen.  Saya yang rasa tak sedap hati terus bawa Umar ke klinik yang berdekatan dengan rumah saya.  Bila berada bersama doktor, barulah Umar cerita yang dia dah kena cirit-birit sejak hari sebelumnya.  Saya pun pelik sebab dia tak mengadu pada saya yang dia asyik ke tandas.  Teruk betul rasa masa tu.  Perasaan bersalah tiba-tiba hadir dalam benak hati saya.  Oh Umar! Kesiannya.  Umar anak yang jarang mengadu sakit.  Sekiranya sakit yang boleh tahan dia tidak akan beritahu pada saya.

Seharian Umar terlantar baring dengan berselang-seli muntah yang tak henti sejak dari pagi.  Saya monitor ubat demam paracatemol setiap 4 jam.  Apabila petang menjengah, baru saya nampak Umar semakin segar dan dia minta izin nak kayuh basikal keliling rumah.  Cara saya kalau anak sakit selagi dia larat nak main saya akan biarkan sahaja.  Bagi keluar peluh.  Hati saya dah mula rasa lega bila tengok dia dah mula bersemangat main dan minta nak makan maggi.  Memang la geram juga tapi fikirkan teringin, ok la saya benarkan untuk kali ni.  No more for tomorrow.  Ye la kot.  Masalahnya dia minta juga keesokan harinya.  Sabar je lah dengan Umar.  Mengada-ngada pula lepas demam.  Sebab dia janji dia akan makan nasi selepas ini saya benarkan.  Nasib baik dia kotakan janji tak minta lagi dah selepas itu.

Pada malam itu, Umar bersemangat study dengan kakaknya Lana.  Ready for the final exam.  Timbul pula cerita lain, Lana dah mula tunjuk simptom yang sama macam Umar.  Alamak ready la aku kali ni.

Pada jam 4 pagi Lana tercirit-birit, berlari-lari dia ke tandas dan memanggil saya.  Suhu badan dah semakin meningkat.  Lana kata macamana dia nak pergi exam?...Mesti dia tak boleh pergi exam.  Alahai kesiannya.  Sesudah subuh saya terus whatsapp dengan Teacher Majidah pasal Lana.  Teacher kakak..ok no problem.  Boleh buat ulangan exam, alhamdullilah..settle satu perkara.

Sesudah hantar Umar ke sekolah, saya terus bawa Lana ke klinik.  Nampaknya Lana mengalami simptom yang sama macam adiknya.  Doktor pesan supaya saya lebih menjaga kebersihan terutamanya apabila membasuh tandas dan juga bekas seluar yang kena najis anak-anak,  takut ia juga boleh berjangkit.  Allahuakbar...

Nampaknya Lana lebih teruk kena demam banding adiknya.  Langsung tidak mahu menjamah nasi yang saya sediakan dan ubat pun boleh tahan susah nak telan.  Geram juga bila arahan tak nak ikut,  patutlah mama dia tak jadi doktor.  Cepat sangat geramnya.  Hahahah..

Sepanjang Lana demam saya hanya monitor ubat demam setiap 4 jam dan saya nampak suhu badan Lana konsisten.  Tidak berapa panas.  Sama juga seperti Umar, apabila petang Lana semakin ok dia mula minta nasi.  Lapar katanya.  Aduhai, lega rasa hati mamanya.

Begitulah, catatan harian saya kali ini.  Huru-hara.

Alhamdullilah yang penting dua-dua budak comel tu sudah pergi sekolah dengan happy.  Yang paling menariknya, bila sampai di sekolah bukan main suka kawan-kawan Lana.   Macam lama sangat tak jumpa kawan-kawan kann.

Ok sampai sini sahaja untuk entri kali ni.

Byee..



0 ulasan