Seminggu sudah sebenarnya menerima permintaan seorang kanak-kanak yang bernama Danial, anak jiran saya. Permintaannya untuk makan makanan Malaysia.
Permintaan Danial kerana ingin menyambut harijadi. Hari jadi yang ke-10 tahun.
Pernah beberapa kali, Danial mencuba makan makanan yang saya masak. Saya sangat suka melihat cara Danial makan kerana dia menggunakan tangan terutama apabila saya dan suami masak roti canai.
Saya sendiri tidak menyangka, percubaan pertama kali kami memasak roti canai bersama kuah kari ayam pada awal kedatangan kami ke Kanada menjadi ingatan pada Danial. Habis channel YouTube kami godek kerana ingin melepas kerinduan pada roti canai Mamak Malaysia.
Jadi, pada harijadi kali ini...saya berjanji untuk memenuhi permintaannya. Danial datang ke rumah saya bersama ibubapanya. Roti Canai di makan sebagai menu makan tengahari.
Suka sangat ibunya Ali Webster kerana melihat aksi suami saya menebar roti canai.
Bukannya pandai pun...Huru-hara juga dibuatnya. Tapi, bolehlah...
Syukur 20 keping Roti Canai habis licin di makan pada tengahari yang mulia. Terasa berkat betul rezeki pada tengahri ini.
Suami saya kata "rasanya kali ini roti canai macam sedap sikit daripada sebelum-sebelum ini".
Ecewahhh...
0 ulasan