Kenapa Saya Memilih Tidak Bekerja Di Kanada?

Ramai yang bertanya .... dan ramai yang beri cadangan...

Terima kasih di atas cadangan-cadangan tersebut, semuanya saya hargai dan sangat awesome..

Cadangan daripada pihak orang lain adalah berdasarkan kehidupan masing-masing.  Betul kan?

Sebenarnya saya memang ada memohon work permit untuk membenarkan saya bekerja di sini.  Saya boleh kerja di mana-mana sektor industri tidak termasuk kerajaan.  Ramai juga yang pelawa saya bekerja di sini..

Sebelum saya sampai ke Kanada, niat awal ingin juga mencuba bekerja.  Kerja apa-apa pun saya tidak kisah sebab saya nak berkawan dengan penduduk tempatan.  Sambil itu, saya ingin belajar accent Inggeris orang-orang Kitimat.  Lain tau gaya percakapan mereka!

Tetapi, bila saya sampai di sini... setiap hari saya lebih banyak menyiapkan kelengkapan anak-anak dan suami.  Setiap pagi saya perlu bangun awal pagi menyiapkan sarapan serta bekal untuk masa snek dan makan tengahari.  Untuk Lana, Umar dan suami...Walaupun saya masak di malam hari tetapi terasa juga keletihan itu.

Pada bulan-bulan awal kedatangan kami ke Kanada, Lana dan Umar menaiki bas sekolah.  Tetapi, bila saya dan suami kira-kira semula.  Suami saya minta hentikan sahaja naik bas sebab tambang boleh tahan mahalnya untuk mereka berdua.  Suami saya minta saya berkorban untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.  Lagipun,  setiap bulan sewa kereta perlu dibayar sebanyak 630 dolar.  Lagipun, peringkat awal 

Ia... sebenarnya rutin harian saya penuh.  

Setiap bulan dalam 3 - 4 kali, saya akan melibatkan diri sebagai sukarelawan menjadi seorang pencatat suhu badan anak-anak yang masuk ke 'ice rink' sebelum mereka memulakan skating.  Selama 2 jam saya diwajibkan melihat keadaan anak-anak di dalam 'ice rink'.  Kawal dan selia setiap pergerakan mereka supaya mereka menjaga jarak antara satu sama lain.  Belum kira kesejukan pabila berada di dalam 'ice rink'.

Pabila sesi persekolahan bermula, di waktu tengahari saya akan bawa Umar pulang ke rumah untuk bersolat Zohor dan menghantar semula ke sekolahnya.  Rutin ini saya lakukan setiap hari bermula bulan Oktober sehingga bulan Mac.  Ada juga, saya akan minta Umar bersolat Zohor di dalam kereta kerana waktu solat Zohor sudah hampir tamat.  

Saya ada ceritakan tentang bagaimana cara kami bersolat di musim sejuk pada post sebelum ini.  Bagi saya menjaga waktu solat anak-anak adalah tanggungjawab saya dan suami.

Selain daripada itu, aktiviti lain sebagai seorang ahli di dapur tangga kita... barang-barang dapur selalunya sayalah yang pergi membeli. Nak buat stok banyak-banyak bukan boleh semuanya nak disimpan dalam peti sejuk.  Betul tak?

Ada beberapa aktiviti yang saya libatkan diri masyarakat setempat.  Bagi saya ini juga sudah buatkan hati saya gembira. 

Jadi, saya buat kesimpulan... saya tidak perlu bekerja luar daripada kawasan rumah.  Suami saya kata boleh jadi huru-hara dibuatnya.  Rumah juga akan jadi tunggang-langgang.

InsyaAllah...satu masa sekiranya saya masih ada rezeki di Bumi Kanada tidak mustahil saya akan bekerja. Mungkin ketika itu Lana dan Umar sudah memasuki dunia universiti.  

Ketika ini, saya banyak melibatkan masa dengan menulis di blog ini.  Ini juga merupakan rezeki dan nikmat dari Allah Taala.  Jauh disudut hati saya sudah mula mencintai dunia penulisan. 😊

Sila ke post ini 👉 Kisah Bilik Solat 



Koleksi Sitikb



0 ulasan