Kisah Hujung Minggu Lepas

Ketika saya menulis di Tinta Penulis kali ini, di luar sana salji turun sangat lebat...

Tetiba nak cerita tentang kisah hari minggu lepas...

Saya dan suami pergi ke Terrace, hanya berdua.  Kiranya dating la nih.. Tukar angin sikit ke Terrace.

Tujuan asal hanya ingin pergi ke Canadian Tire mencari pewangi untuk bilik Mika dan Mina (bilik kucing).  Biasalah kalau sudah sampai ke Canadian Tire kita jadi ralit.

Canadian Tire merupakan antara shopping kompleks yang besar dan terkenal di Canada.  Hanya di Terrace sahaja yang ada Canadian Tire.  Ia menjual pelbagai barang seperti barangan elektronik, sofa, peralatan sukan. Kalau siapa yang biasa ke Ikea Mall... begitulah lebih kurang.   Tapi, saya kira Ikea lebih besar sebab Ikea dua tingkat.  Untuk pengetahuan semua, kebanyakan bangunan di sini hanya dibina setingkat sahaja.  Tidak seperti di Malaysia, kita memang banyak bangunan tinggi-tinggi.

Ada rakan saya, sangat hairan bila melihat Malaysia penuh dengan bangunan tinggi.

Saya kata, tanah kami kecil dan sempit... tidak seperti Kanada. Tanah di Kanada yang sangat luas, beribu kali ganda keluasan dengan Malaysia.

Semasa saya sedang membelek salah satu produk kucing di kawasan rak 'pet'.  Saya telah ditegur oleh salah seorang pekerja...

"Do you have any problem? Let me help you?", tanya pekerja tersebut.

"Yes, please.  Do you have any kind of stuff like a litter box. For my cat", tanya saya.

"Let me show the easier step using these litter box", cerita pekerja itu lagi.

Saya melihat dengan penuh tekun kerana dia menunjukkan serta menerangkan bersungguh-sungguh.  Saya suka caranya.  Akhirnya saya ambil produk itu.  Tergoda dengan cara dan tutur katanya.

Sebenarnya memang saya cari barang itu tetapi tidak sangka dapat yang best..ok la harganya 18.60 dolar.

Kalau nak tahu, di sini tidak menjadi kesalahan sekiranya saya sebagai pengguna ingin membuka satu-satu produk tersebut untuk melihat isi dalam produk tersebut.  Kemudian, sekiranya saya tidak berpuas hati... saya boleh letak semula di rak.  Tiada yang nak marah...

Pada peringkat awal, bila saya datang ke Canadian Tire... saya siap pesan dengan anak-anak berhati-hati pegang produk di setiap rak.  Jangan buka kotak sebarangan.  

Tetapi, banyak kali... pekerja-pekerja di situ menyuruh kami membuka sahaja kotak di situ untuk melihat isi dalam.  Aduhai... terdiam sekejap ... kerana tidak pernah berlaku di tempat sendiri.

Saya juga boleh menghantar semula sekiranya saya tidak berpuas hati selepas membeli produk tersebut.  Walaupun sudah sampai ke rumah.  Dengan tag harga yang masih ada dan beserta resit saya boleh menghantar semula dan wang akan dikembalikan pada saya.  Perkara ini, boleh dibuat dimana-mana premis bukan sahaja Canadian Tire.

Begitulah... pengguna dilayan seperti raja, bukan senang nak dapat pelanggan kan..

Jom.. layan gambar sekitar bandar Terrace, British Columbia, Kanada


Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb



Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb





0 ulasan