Kenapa Kitimat Banyak Menerima Taburan Salji?

Semalam saya mendapat banyak feedback terutama kawan-kawan dari luar Kanada..

Ada yang bertanya tentang ingin berhijrah ke Kanada dan ada yang datang ingin belajar di Kanada..

Terima kasih kepada semua yang bertanya..



Koleksi Sitikb
Main tanam-tanam kawan, nasib baik okkk 😅

Koleksi Sitikb
Kawasan sekolah


Dua hari lepas, kami di sini telah menerima 'alert' daripada WeatherCan bahawasanya kami di sini iaitu kawasan Terrace dan Kitimat akan mengalami  'winter storm' .  Salji akan turun sepanjang minggu..

Saya juga perasan ada banyak kayu yang di tanam berdekatan setiap simpang dan di warnakan pada setiap hujung kayu.  Menurut kata jiran saya kayu itu diletak sebagai ukuran pada 'snow blower' bila mereka menolak salji ke tepi jalan.  Dan, saya sangat perasan kayu itu semuanya berukuran lebih 2 meter.

Adakah salji kali ini dijangka seperti itu? Mungkin juga...

Ketika saya menulis Tinta Penulis ini, salji masih lagi turun semenjak semalam.  Bermakna sudah 2 hari salji tidak berhenti..

Ramai yang tahu, Kanada merupakan negara ketiga terbesar di dunia.  Dan, ramai juga tahu bila sebut Kanada... Kanada terkenal dengan salji yang tebal ketika musim salji dan mengalami suhu yang ekstrem.  Maksudnya suhu yang sangat sejuk.

Ada sesetengah kawasan di Kanada tidak mengalami salji dan salji tidak turun di kawasan tersebut contohnya Prince Rupert walaupun musim sejuk dan berkedudukan di utara Kanada.  Contoh lain ialah Vancouver... salji ada turun tetapi tidak tebal.  Kalau salji turun malam keesokan harinya sudah cair.  Suhu di Vancouver juga tidaklah ekstrem seperti di kawasan tengah.

Itu sebab ramai yang berminat untuk tinggal di Vancouver tetapi kos hidup di sana sangatttt tinggi.  Ye la kan, antara bandar terbesar dan terkenal di dunia.

Ada juga di sesetengah kawasan di Kanada yang mengalami suhu sangat ekstrem tetapi salji yang turun tidak berapa tebal.  Sekitar 1 meter tetapi sejuknyaaa Allahuakbar... minimum suhu -45 dan pernah sehingga -50.  Contoh tempat seperti ini ialah Calgary, Edmonton, Quebec...

Dan majoriti Kanada mengalami suhu yang sangat sejuk sekitar bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

Kenapa tempat tinggal saya di Kitimat mengalami taburan salji yang sangat tebal? 

Kerana pada musim panas, Kitimat mengalami taburan hujan yang banyak.  Saya boleh katakan Kitimat adalah kawasan lembap semasa musim panas.  Ketika musim panas suhu di sini paling maksimum adalah 25 darjah.  Dan, Kitimat mengalamai musim sejuk yang panjang. Maka, bila salji turun ia sama banyak seperti musim hujan...  Menariknya berkenaan Kitimat...suhu di musim sejuk paling minimum sekitar -17 darjah ke -20 darjah.  Boleh lah kan jika hendak dibandingkan dengan kawasan lain.

Yang pasti, bila musim salji... kepenatan membuang salji di depan rumah dan banyak duduk diam dalam rumah sebab jalan semua licin...Itu sahajalah....

Walaubagaimanapun, salji tetap menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak saya.  Dan saya juga...kerana gambar yang diambil pasti cantik...😀  

Inilah gambar yang saya ambil ketika hari pertama salji turun paling lama...

Koleksi Sitikb
Pemandangan pada waktu malam jam 10 malam







 


0 ulasan