lawatan ke perpustakaan

Entri ke 69

Hampir 3 bulan saya berada di bumi Kitimat, selama itu lah saya menyimpan hasrat untuk membawa anak-anak melihat perpustakaan di sini. Alhamdullilah, catatan harian saya hari ini. Akhirnya pada cuti ‘spring’ dapatlah saya membawa mereka membuat lawatan sambil belajar. Kami berjalan kaki dari rumah ke perpustakaan.  Tidak berapa jauh sambil 'exercise' kaki. 😀

Walaupun pada peringkat awal Umar seperti menolak pelawaan saya dengan memberi pelbagai alasan.  Namun apabila sampai di muka pintu Perpustakaan Awam Kitimat.  Umar mengucapkan kata-kata yang indah di dengari.  

“Cantiknya perpustakaan ni Mama”, 

“Yup, i’ve told you”, tambah saya.

“Memang cantik la perpustakaan ni Mama macam Perpustakaan Negara Malaysia”, Lana pula berkata.

“Tak la sampai ke situ Kakak. Perpustakaan ni kecil sahaja”, jawab saya.



Lana menyiapkan kerja sekolah








Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan kata-kata Lana. Ia memang benar. Pertama kali saya di bawa ke sini oleh Meghan (agen kami), saya sudah jatuh cinta dengan susun atur perpustakaan ini serta buku-buku yang diletakkan pada rak-rak.

Begitulah ceritanya.  Salah satu tempat yang saya teruja nak pergi ialah perpustakaan.

#ceritakamidikanada

0 ulasan