Entri ke 70
Hurray... alhamdullilah..
Kenapa pula yang seronok sangat?
Apabila jari jemari ini membuka blogger.com pada new post. Hati bersorak kerana ini merupakan entri yang ke 70. Tidak pernah di dalam hidup saya menulis sehingga entri yang banyak begini. Mungkin bagi orang lain tidak banyak.😇
Ingin saya kongsikan catatan harian saya pada hari ini. Hari ini merupakan 1 April 2019 bermakna sudah hampir 3 bulan kami menjadi pemastautin di bumi Kanada khususnya di Kitimat, BC. Alhamdullilah saya bersyukur padaNya dikurniakan lebih masa dan kesihatan yang baik di sini. Ia mengizinkan saya menumpukan urusan tulisan saya yang tidak konsisten sebelum ini. Bukan bermaksud di Malaysia saya lebih sibuk. tetapi saya tidak pasti kenapa. Apa-apa pun saya suka bersangka baik pada Allah s.w.t. Dia memberi masa yang cukup untuk saya di sini. Terasa lebih aman dan nyaman.
Cerita tentang semalam, semasa saya sedang membeli belah di No Frills sebuah pasaraya kecil. Saya di tegur oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai muslim dari Pakistan tetapi telah mendapat status penduduk tetap Kanada. Beliau bersama ibunya menjemput kami datang ke rumahnya meraikan salam perkenalan. Seperti sedia maklum kami di sini merupakan masyarakat minoriti, jadi bila berjumpa tentulah rasa tidak keseorangan. Dalam perkiraan saya, tidak sampai 10 orang penduduk muslim di Kitimat,BC. Ufaira namanya… beliau juga ada mengatakan jika penduduk muslim sampai 40 orang. Dia berhasrat untuk buat pengumuman bagi solat Jumaat. Rasa rindu sangat bila hari Jumaat, tidak ada suasana berkejaran masing-masing ke masjid. Insyaallah, saya yakin pasti satu hari… hari itu akan muncul. Selepeas bertukar nombor telefon, saya minta diri untuk pulang ke rumah. Begitulah ceritanya.
Ok ...sampai sini lah cerita saya hari ini. Jangan bosan baca ye.😉

0 ulasan