Entri ke 15
Assalamualaikum w.b.t
Salam rindu kepada pembaca blog...Hari ini saya nak kisahkan pengalaman percutian bersama keluarga tersayang. Nak tahu ke mana? Kami sekeluarga pergi melakukan aktiviti sihat ke Bukit Broga, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Untuk pengetahuan semua, aktiviti-aktiviti sebegini juga merupakan tip penjagaan kesihatan. Melakukan aktiviti begini ia akan meningkatkan metabolisma badan kita. Saya amat bersetuju kerana apabila kita melakukan pelbagai regangan pada otot. Otot-otot pada badan kita akan jadi mantap. Cuba lihat warga mat salih.. kita boleh lihat mereka lebih bertenaga melakukan aktiviti ekstrem ini walaupun usia sudah lanjut. Kenapa jadi seperti begitu? Ini kerana mereka sentiasa melakukan aktiviti regangan pada otot. Betul tak?
Selain daripada itu aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara ahli keluarga. Bayangkan kita akan sentiasa bersemangat untuk membantu ahli-ahli yang lain. Anak-anak juga akan merasa bersemangat apabila melihat kedua orang tuanya mengikut aktiviti mereka.
Di sini saya akan ceritakan catatan pengalaman ke Bukit Broga
Saya bertolak tidaklah seawal subuh, memandangkan saya membawa kanak-kanak. Jadi saya bercadang bersama suami, mendaki ketika orang sudah turun. Ramai yang datang ke sini bertujuan melihat matahari terbit. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat hendak melihat matahari terbit digalakkan bertolak dari rumah jam 4.30 pagi sekiranya tinggal di sekitar Lembah Klang. Kemudian, bersolat subuh di surau yang disediakan ataupun surau Universiti Nottingham.
Saya bertolak dari rumah jam 7 pagi dan kami sampai di sana jam 7.30 pagi. Bila sampai di tempat parking kereta memang kelihatan pengunjung yang sangat ramai dan memang ramai yang membawa anak-anak kecil serta bayi. Saya amat teruja melihat keadaan seperti itu.
Di kawasan parking kereta memang terdapat ramai orang berniaga, rasa seperti di pasar malam.

Haaa...macamana dah tengok gambar rasanya ada berani bawa anak-anak? hihihi..Cadangan saya kalau bawa bayi tak perlu tinggi sangat. Curam jugak bukit dia.
Mengikut orang yang sudah biasa naik ke Bukit Broga, di sini ada 7 check point. Saya sekadar sampai check point ke dua sahaja. Ok lah tu...kan..
Bila dah sampai ke puncak jangan lupa ambil gambar, pemandangan yang cukup indah.
Satu perkara jangan risau, kalau turun di kaki bukit ada orang jual air kelapa. Fuhh ...memang segar sungguh..hihihi
Saya merasakan ia satu catatan pengalaman yang cukup indah kerana selama ini saya tidak pernah membawa anak-anak kecil dalam menjalani aktiviti esktrem seperti ini. Apa-apa pun mama ucapkan tahniah diucapkan kepada Lana dan Umar kerana berjaya sampai ke puncak dalam usia yang masih muda..Hebat anak mama..
ok..sampai di sini catatan untuk hari ini. Semoga bertemu di lain entri
Wassalam..
0 ulasan