Pertama Kali Menonton Wayang Di Negara Barat Kanada

 Satu-satunya panggung wayang di sini bukan area rumah saya tau !


Terasa seperti tengok wayang zaman masa saya remaja…bezanya kali ini datang dengan suhu (-10 celcius) dan berbaju berlapis-lapis. 


Kami memandu sejauh 60 km ke Terrace.  Itu sahaja panggung wayang terdekat.


Tiada online website nak order tiket.  Datang 2 jam lebih awal untuk beli tiket.  Lepas beli tiket, cari tempat park yang sesuai untuk ready solat Zohor.  Keluarkan kompas dan spray wudu’.


Hanya satu bilik untuk panggung ini, daripada jumlah kerusi saya anggarkan untuk 100 orang. Cukup la untuk memenuhi keperluan penduduk di sini, itupun tak penuh pun penonton walaupun baru 3 hari dilancarkan…


10 minit sebelum bermula, datang dan scan vaccinated card beserta ID card (macam IC la). Saya dan family ada ID residen.  Kemudian, kami diberi 3D glasses 👓 setiap seorang.  Wah.. canggih kan. 


Kali ini kami ingin menonton wayang movie Spider-Man No Way Home … yang baru sahaja dilancarkan.


Ok la ceritanya… saya tak pernah menangis kalau tengok Spider-Man movie tapi kali ini … aduhaii.. berderai airmataku.. 😢 .  Selama 2 jam setengah berada dalam panggung wayang…


Pada mulanya, rancangan anak-anak dengan kawan-kawannya.  Tapi last minute, ramai pula parents nak ikut.  Movie terbaru kan… 


Winter Break sudah bermula… maka, mak-mak sibuk pula susun jadual untuk bersama aktiviti anak-anak… 


Begitulah rutin mak kan…

Koleksi Sitikb
Peraturan Sebelum Masuk Ke Dewan Panggung Wayang

Spider-Man No Way Home

Koleksi Sitikb
Cermin Mata Yang Diberikan Setiap Penonton 

Koleksi Sitikb
Beli Tiket (2 jam sebelum bermula movie)

Koleksi Sitikb
Di hadapan Pintu Masuk Panggung Wayang

Koleksi Sitikb
Panggung Wayang Terrace 

Koleksi Sitikb
Harga Tiket

Koleksi Sitikb
Di hadapan Panggung Wayang

Koleksi Sitikb
Kaunter Jualan Pop Corn


0 ulasan