Pada 12 Disember yang semalam merupakan hari pertama di daerah kecil ini menerima salji yang sangat banyak iaitu antara 10 - 15 cm. Walaupun ada salji turun semenjak bulan lepas tetapi dalam kadar sedikit.
Maka, pada pagi tersebut saya mengajak Lana menemani saya untuk mengambil pemandangan sekitar Kitimat kerana apabila matahari memancar gambar juga cantik kerana menggunakan cahaya asli.
Sekitar suhu (-5 celcius) saya fikir saya masih boleh bertahan dengan kesejukan yang ada. Untuk berjalan sekitar kampung ini dengan suhu seperti itu. Pakailah elok-elok maksudnya jenis kain dan kasut... kalau tidak meranalah badan dan kaki.
Saya kongsikan beberapa gambar. Ada seorang follower saya di instagram mengatakan gambar saya ini seperti Austria, tetapi sebab saya tidak pernah sampai di Austria.. saya tidak tahu nak komen. Gambar yang saya boleh katakan epik !
0 ulasan