Jamuan Makan Tengahari Serta 🎅 Santa Secret


Acara makan tengahari bersama …

Bersama kawan-kawan yang sama-sama belajar di English Community!  

Sempena perayaan Krismas yang berlangsung pada hujung bulan ini.  Walaupun ada 15 hari lagi untuk merayakannya, masing-masing sudah ada agenda percutian.  Ada yang nak balik kampung ke Brazil 🇧🇷 ke India 🇮🇳…. Ada yang beraya di Kanada sebab memang kampung mereka di sini. Maka, semalam adalah tarikh yang sesuai untuk makan bersama.

Saya tak kemana-mana ke?  Ada juga… nanti kita cerita kemudian.  😂  Sesungguhnya, saya tidak akan terbang kemana-mana sepanjang cuti sekolah Krismas.  Semester Break hanya dua minggu, maka anak-anak lebih suka bermain skiing.  Mereka ingin memahirkan diri dalam sukan ini.  Bukan selalu ada kan musim skiing ini. 

Apakah menu pada lunch semalam ?  

Ialah kesemuanya vegetarian.  Perkara yang saya suka kerana setiap jamuan boleh request untuk menu pilihan kita.  Jadi, host akan siapkan awal-awal…

Kenapa vegetarian? Ada yang beragama Hindu tidak makan makanan berdarah.  Maka, senang sepakat semuanya hidangan yang sama.

Tapi, saya nak sangat beritahu sesungguhnya Mrs Ruth memang pandai masak.  Mrs Ruth merupakan tuan punya Minnette Bay ini.  Sedap sangat…!! Memang tak tipu…
😋😋. 

Nama tempat ini Minnette Bay Lodge.  Pernah datang ke sini jamuan pada Spring lepas.  Masa itu diadakan jamuan di luar bangunan.  Sebab winter, sudah tentunya acara semuanya di dalam bangunan.  Dan, wajib vaccinated bagi acara ini.

Pada akhir acara, kami adakan Santa Secret… 😂 tukar-tukar hadiah la saya katakan.  Intro… wajib menyampai sebuah kisah tentang pemilik hadiah dan orang lain meneka.. siapakah pemilik hadiah tersebut.  Memang secret la kan pada mulanya tapi akhirnya terbongkar juga.. best juga kan !

Sambil saya menangkap gambar yang ingin saya abadikan di sini. Sambil mata asyik memandang jam di dinding.  Sebab saya ada temujanji dengan doktor gigi jam 3 petang. 

Habis acara jam 2.45 petang, masing-masing kelam-kabut berkejaran untuk menyambut anak-anak dari sekolah. 

Sememangnya saya sangat ketat jadual saya pada hari semalam.  Entah macamana, di akhir minit suami kata tidak dapat menjemput anak-anak dari sekolah.  Dan, juga tidak dapat membantu saya menghantar anak-anak ke temujanji doktor gigi.  Allahuakbar… memang kelam-kabut sungguh.  Tapi, syukur sangat… Allah permudahkan urusan saya sehingga selesai semuanya tugasan saya pada hari semalam.  Memang benarlah suami saya kata, kadang-kadang dia sendiri tidak dapat take over jadual saya seharian.  Tak apalah… Mama kan…😅

Buat Margaret yang saya sangat hormati !  Margaret merupakan guru saya di sini.  Beliau banyak membantu saya dalam Bahasa Inggeris menggunakan accent Kanada.  Selama dua tahun mengenalinya, setiap kali bersembang…saya rasakan seperti bercakap dengan ibu saudara saya…

Terima kasih buat Margaret atas pemberian hadiah.  Katanya, mug 🍵 saya sangat istimewa kerana ia hanya di reka berserta ukiran tangan satu-satunya di Kanada…alahai bertuah sangat rasa badan… ☺️

Begitulah…. Orang memberi kita berbahasa…



Koleksi Sitikb
Bersama Margaret 

Handmade Mug
Mug … hadiah daripada Margaret.  Cantik kan !




Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Semasa acara Santa Secret

Koleksi Sitikb
Kreatif sangat cara Doralice memperkenalkan tuan punya hadiah daripadanya

Koleksi Sitikb
Di Meja Makan, Mrs Ruth menyusun meja sangat teliti.  Rasa sayang nak buat sepah ! 😅

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Sempat lagi bergambar berempat 

Koleksi Sitikb
Di Ruang Tamu Minnette Bay Lodge Kitimat 

 

0 ulasan