Aktiviti Di Bulan Disember Bersama Kenalan Rapat


Dua minggu sebelum cuti sekolah Winter Break, kebiasaannya seluruh bandar Kitimat akan sibuk dengan pelbagai aktiviti samada pameran kraf, jualan amal, aktiviti membina pokok krismas serta pelbagai aktiviti yang berkisar perayaan Krismas.

Maka, saya juga adalah juga menjadi penyibuk ! Saja-saja menyibukkan sementara menunggu anak-anak pulang daripada sekolah.  Walaupun ada kala, kekangan dengan masa tetapi permintaan kawan-kawan… tak sampai hati untuk kata tidak..

Begitulah.. hidup berkomuniti. 

Kalau ada yang perasan, antara aktiviti yang saya sertai ialah membuat pokok krismas.  Bila sudah selesai, ada kawan-kawan kata pada saya hadiahkan pada kawan yang menyambut Krismas.  Terus teringat pada seseorang…

Sebelum tiba di rumah, saya singgah di rumah salah seorang jiran saya untuk menyampaikan pokok krismas tersebut.  Punyalah suka anak-anaknya sampaikan buat kad khas tanda ucapan terima kasih.  Alahai.. cute sangat !

Selain daripada itu, menerima jemputan makan tengahari daripada kawan-kawan.  Sebab saya muslim, selalunya kawan-kawan saya akan menyiapkan makanan yang saya boleh makan.  Bagi saya, sekiranya tiada makanan yang boleh di makan… minum kopi pun ok.  Yang penting meraikan jemputan kawan-kawan. Betul tak ?

Koleksi Sitikb
Cookies yang di masak oleh suami seorang kawan saya..

Koleksi Sitikb
Comel je kan !

Koleksi Sitikb
Aktiviti membina pokok krismas

Koleksi Sitikb
Cak !!!

Koleksi Sitikb
Cak !!!

Koleksi Sitikb
Makan tengahari di rumah Raqael 

Koleksi Sitikb
Permintaan daripada Raqael untuk saya mengabadikan gambar di pokok Krismasnya

 

0 ulasan