Lawatan Ke Sebuah Perniagaan Yang Dijalankan Dari Rumah iaitu Simple September

SimpleSeptember
Antara produk yang di jual.  

Simple September
Saya bersama Hailey Leveque tuan punya bines from home


Pada hari Ahad lepas, saya dan Lana ke sebuah bisnes yang dijalankan daripada rumah. Mengenali Hailey Leveque(tuan punya bisnes) daripada Talk yang dianjurkan oleh Pertubuhan English As Second Language  (ESL).

Semasa Talk tersebut, Hailey memperkenalkan bisnes yang dilakukannya semenjak beberapa tahun ini. Dan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.  Walaupun ia dilakukan hanya daripada rumah tetapi Hailey sudah mula mengeluarkan pelbagai produk kegunaan asas.

Produk ini yang diberi nama Simple September bertempat di Kitimat, British Columbia, Canada. Berkonsepkan tanpa plastik dan refill ataupun dipanggil ‘Kitimat’s Zero Waste Refillery’. Ia berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan yang diambil daripada seluruh dunia.

Hailey juga bertanggungjawab kepada pengguna sekiranya ada permintaan khas untuk mengadakan produk asas mengikut permintaan pembeli tersebut. Contohnya, seorang pengguna  memberi senarai bahan-bahan kemudian Hailey akan mencari bahan-bahan tersebut bagi menghasilkan produk tersebut. 

Matlamat Hailey sebenarnya ingin mengurangkan penggunaan plastik dan menggunakan bahan-bahan terbuang.  Antara produknya seperti sabun basuh kain.  Pembeli boleh membawa bekas sendiri daripada rumah dan beli mengikut kehendak sendiri.  Ada juga produk iaitu deodoran yang menggunakan konsep refill.  Menarik sangat…

Ada juga produk pakaian atas jenama beliau.  

Kepada yang berminat, boleh ke website Simple September




0 ulasan