Merasa Pengalaman Makanan Pure From India di Kanada


Kadang-kadang kami sebagai isteri-isteri orang ini buat aktiviti yang memecahkan kerinduan kampung halaman.  Walaupun kebanyakannya adalah orang sini tetapi mengikut pasangan mencari rezeki di sini.  Sunyi juga kan..

Maka,  Sam sebagai pembuka jalan untuk mengadakan aktiviti masak-memasak di bawah Program English Community.  

Maka, Bharti sebagai host kali ini ingin memperkenalkan makanan tradisional India.  Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa iaitu India, Cina dan Melayu, tetapi makanan yang benar-benar asli dari negara India saya tidak pernah cuba.  Beliau merupakan Indian yang menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa pertuturan.  Dan, merupakan penduduk tetap Kanada.

Masyarakat Hindi sebenarnya sangat ramai di Kanada antara populasi terbesar juga di Kanada.  Boleh jumpa banyak kuil Singh. Korang tahu tak ? Madhuri Dixit sudah menetap di Kanada juga.   Kalau kenal lah.. pelakon yang pernah famous satu ketika dahulu !

Ok.. berbalik cerita memasak tadi ...

Beliau memasak masakan India iaitu pokora dan air minuman chai.   

Kalau lihat daripada step pokora itu sendiri, ia seperti cucur udang tetapi tidak ada udang.  Hanya diletakkan sayuran dan bawang serta tepung kacang hijau tak silap saya.  Dan minuman chai ialah, teh tarik tetapi ada beza sedikit kerana ia diletakkan bunga cengkih, buah pelaga dan susu cair serta gula.

Fuh ! Memang sedap.  Satu perkara kena tahu kalau namanya orang India dari India, mereka golongan vegetarian.  Tidak ada unsur binatang.  Dan, Bharti juga menggunakan bahan-bahan daripada kegunaan hariannya. Pure habis lah..

Walaupun ini kali keberapa entah saya mengikuti dan melihat cara beliau memasak.  Tidak pernah terserap dalam ingatan.  Cepat betul lupa...sebab saya malas nak ingat.  Ahahaha... jangan ikut perangai ni tau !

Sebab kalau saya teringin nak makan makanan India, saya call je Bharti.  Haaa... bagus tak perangai macam tuh?  Nak cari bahan-bahan yang serupa macam dia masak sudah tentulah tiada di sini, maka saya buat kesimpulan order je la daripada dia..hihihi



Koleksi Sitikb
sempat lagi tu !! posing..





 

0 ulasan