Lawatan ke Kitimat Employment Centre

Selama hampir tiga tahun menetap di Kitimat, baru kali ini saya dapat mengikuti lawatan secara terperinci ke Agensi Pekerjaan Kitimat ataupun dikenali sebagai Kitimat Employment Centre.

Saya bersama beberapa rakan saya berpeluang mendengar cara-cara untuk mendapatkan kerja di Kitimat dan Kanada umumnya.  

Antara yang ditekankan tentang kerja di sektor swasta, sektor industri, sektor kedai dan juga kerja-kerja sukarelawan. Untuk sektor pendidikan tidak ada ketika ini. Tetapi untuk sektor seperti penjagaan kanak-kanak (day care) memang diperlukan ketika ini.  

Sebenarnya Employment Centre ini di bawah kelolaan kerajaan.  Maka, sekiranya kepada semua pembaca yang berminat untuk mencari peluang rezeki di negara yang terkenal dengan pokok maple ini haruslah melalui website Immigration Canada.  Dan, agensi ini akan cuba membantu kepada mereka yang sudah ada work permit/visa Canada… bukan tanpa sebarang dokumen.   InsyaAllah, mereka akan membantu sehingga kita benar-benar faham.  Malah, mereka akan membantu kita sekiranya ada sesi temuduga.  Ada sesi yang dipanggil ‘fake interview’… serta mereka akan bantu juga daripada segi menulis resume. 

Sekiranya, ada pembaca di sini yang ingin melakukan bisnes sendiri ataupun ‘self-employment’ juga boleh bertanya melalui agensi ini.  Tak boleh buat sesuka hati dan senyap-senyap tau !  Kalau dapat tahu… memang salah di sisi undang-undang.  Kena tanya bagaimana caranya.  Jangan malukan negara ok ! 

Sepanjang saya menetap di Kanada, setiap dokumen yang dilakukan oleh mereka tersusun.  Tidak ada jalan pintas ataupun macam yang kita dengar pelbagai ragam pendatang-pendatang asing serta haram datang ke Tanahair kita.  Saya amat berharap, jangan masuk negara orang lain dengan cara yang salah.  Naya nanti korang…jangan malukan negara dan keluarga ok ! Sekali lagi diingatkan…

Untuk pengetahuan semua, hampir setiap daerah di Kanada ada Agensi Mencari Pekerjaan.  Boleh search di google.  

Yang paling saya suka ialah, mereka bukan sahaja membantu daripada mencari pekerjaan untuk kita.  Malah, mereka membantu sehingga cetak segala dokumen.  Dan, boleh join kelas Bahasa Inggeris secara percuma.  Sesiapa pun boleh join kelas ini.  Belajar serta memahami Bahasa Inggeris accent Canada Utara. Selain daripada itu juga, ada banyak training untuk orang-orang baru yang tiada pengalaman kerja sebelum ini.  

Begitulah, serba sedikit ilmu yang saya dapat pada hari ini…

Semoga kisah saya ini membantu ye ! Sekiranya tanya saya… tentang mudah ke untuk dapatkan kerja di Kanada.  Jawapannya tidaklah semudah seperti memetik jari.  Banyak liku dan cabarannya.  Di mana-mana pun tetap ada cabarannya. 

Setiap catatan pengalaman saya di sini adalah pengalaman yang amat bernilai.  Ia akan sentiasa menjadi satu sejarah dalam diari hidup saya.  InsyaAllah…

Kitimat Employment Centre
Bersama salah seorang staf di Kitimat Employment Centre


Job section in Canada

Kitimat Employment Centre

Kitimat Employment Centre

 

0 ulasan