Kejutan Buat Teman India

Jam 9 pagi dapat panggilan daripada rakan saya juga jiran di hujung jalan…

Tanya khabar ? Kali ini, saya jawab “I’m really busy” .  Tidak tergmak juga untuk sebut perkataan itu tetapi kali ini benar busy.  Busy kerana melayan karenah anak-anak remaja dan juga kucing seramai 3 ekor.  

Sebab utama, Mika iaitu kucing saya tidak sihat selama seminggu.  Hati saya jadi kacau !  Cerita tentang kucing, hanya yang pernah ada kucing faham tentang cerita ini.  Ok… tak apa.. itu cerita lain.

Berbalik kepada kisah rakan saya tadi… Bharti namanya.

Kami sembang dalam 10 minit, di hujung sembang kami.   Bharti menjemput saya makan tengahari bersamanya selepas saya selesai tugasan yang lain.  Dia sempat mengatakan hujung minggu lepas dia dan keluarganya menyambut Deepavali.  Aduhai…. Terasa sedas dalam jiwa ini.  Sayu pula hati ini…

Kebiasaannya kalau di Malaysia, saya akan datang beraya ke rumah kawan-kawan yang menyambut Deepavali.  Tetapi, semenjak datang sini… perasaan menyambut perayaan seperti sudah tawar.  Mungkin sebab besar ialah Pandemik Covid19.  Saya dan pasangan seperti kurang selesa untuk terima tetamu dan mengadakan jamuan makan besar-besaran.  Sebab lain, ada di kalangan kawan-kawan saya antivaksin.  Itulah… nak buat macamana kan… itu cerita lain 🤣

Jadi, bila kawan saya katakan begitu… tersentuh hati ni.  Dia pula jenis yang hari-hari mesti call family di India.  Mesti sunyi sangat kan.  Di sini, tak ramai masyarakat India.  Tak silap ada 15 keluarga termasuk dari Pakistan.  Ok la… ramai la juga.  Berbanding Malaysia kami satu-satunya family Malaysia di daerah kecil ini.

Selepas saya  off-call, saya call pula kawan saya Raqael dan Dora yang berasal dari Brazil.  Saya cadang pada mereka tentang saya ingin membuat kejutan menjemput rakan-rakan ke rumah Bharti.  Dora katakan kita sambung semula perbincangan ini di dalam kelas.  Eh … tak sangka pula ramai pula nak ikut.  Hahahaha… nak merasa menu India sebenarnya.

Seperti yang saya jangkakan, Bharti seorang yang periang… 

Dia sangat gembira dan terkejut dengan kedatangan kami.  Terkejut sebab ramai… lepas itu katanya hidangan tak banyak ! Hanya untuk seorang…. Tapi bila di hidang menu kepada setiap orang daripada kami… cukup !!!! MasyaAllah .  Raqael membeli sebiji kek velvet daripada pasaraya No Frills.  

Selepas habis makanan yang dihidang, Bharti menunjukkan pakaian Sari yang di pakai pada hari raya Deepavali.  Semua terkejut melihat seni dan halus jahitan pada kain sari.  Iye… saya tahu itu semua, dan harga untuk sepasang sari memang mahal harganya…

Begitulah…

Koleksi Sitikb
Masing-masing cuba menari tarian Bollywood … heheheheh

Koleksi Sitikn
Menu India yang di masak oleh Bharti 

Koleksi Sitikb
Cuba-cuba menari Bollywood 

Koleksi Sitikb
 Bergambar sebelum pulang …

Koleksi Sitikb

 

0 ulasan