Pendakian ke Gunung Terrace


Dear my friend,

I'm so happy having with my friends last week.  We spent hiking together to Terrace Mountain, BC, Canada.  I would love to say that was wonderful hiking.  We shared any topics during the hiking.  Hopefully, we can go hike again together.

Kawan-kawan...

Lama sangat rasanya saya tidak menjengah ke warkah blog ini.  Terasa rindu bila sebenarnya ada banyak yang ingin saya kongsikan bersama.  Bukan tidak ada platform lain yang saya sudah kongsikan tetapi sedikit, saya fikir... ada limitation daripada segi jumlah perkataan.

Pada hari Selasa yang lepas...saya bersama 5 orang kawan-kawan ke Terrace Mountain.  Mendaki selama 2 jam setengah, bukan biasa-biasa pendakian buat kami yang tidak biasa mendaki.  

Banyak keluhan setiap kali melangkah tetapi setiap keluhan itu diteruskan...saya sangat bangga mereka penuh semangat menghabiskan pendakian.

Sebenarnya ini adalah kedua saya mendaki ke sini, pada dua minggu lepas saya daki bersama keluarga.  Dan, saya fikir pendakian ini sesuai untuk kawan-kawan saya.  Saya kemukakan cadangan kepada Sam...terus Sam bersetuju.

Pada jam 9 pagi pada hari Selasa, selepas menghantar anak-anak ke sekolah kami bergerak ke Terrace yang terletak 65 km dari Kitimat.  Hampir satu jam perjalanan ke Terrace... sebelum bertemu di kaki gunung.  Seperti biasa, saya minta izin untuk singgah di mana-mana stesen minyak ingin selesaikan urusan di tandas. Hahahha.. senang kan.  Bukannya ada tandas di atas gunung tu...

Hampir tepat jam 10.30 pagi, kami mulakan pendakian ... jeng jeng jeng...

Sebenarnya, perjalanan kami sangat mudah.  Tuhan benar-benar permudahkan pendakian kami ke puncak.   Tanah yang kering, tidak licin.  Mungkin sebab tidak hujan selama beberapa hari, maka tanah dan daun-daun jadi kering.

Selepas dua jam, kami sampai ke puncak gunung.  SubhanaAllah....cantik ! Bumi Allah ini.  Pandainya mereka menjaga kawasan ini.

Satu perkara penting yang ingin saya katakan, sepanjang pendakian saya tidak berjumpa sebarang sampah yang tertinggal.  Walaupun ada ramai yang menggunakan trail ini, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang.  Sering penduduk di sini akan membawa anjing bersama ketika mendaki.  Jadi, saya sebagai warga Malaysia tetap ada sedikit malu tersemat di dalam hati sebab hutan di negara saya tidak lah sebersih mana.  Pasti ada terjumpa serumpun sampah, harap sangat kita berubah... ada satu insiden berlaku, masa itu seorang kawan saya makan granola bar kemudian tercicir sedikit sarung makanan tersebut.  Beliau patah balik semula untuk mengutip sampah tersebut.  Walaupun, pada pandangan kasar saya sendiri tidak nampak langsung sampah yang sangat kecil.  Dan, terkata dalam hati ia merupakan budaya yang sudah tersemat diminda.  

Selepas sampai di puncak, kami di hujani salji halus... wahhhh...salji yang pertama pada tahun ini berjumpa di puncak gunung.  Allahuakbar..

Kami berehat beberapa ketika... melepaskan lelah walaupun tidak berpeluh tetap penat itu ada...

Sam membawa air teh yang panas...siap ada 6 cawan porcelin.  Bestnya rasa.  Nyaman ...

Kami turun selepas itu.. perjalanan sejauh 5.2 kilometer (2 hala)

Dan, sampai di kaki gunung tepat jam 1.30 tengahari.  Kami bertolak ke Kitimat.. saya sendiri sangat bersyukur kerana urusan waktu solat Zohor saya juga dipermudahkan Allah. Saya dapat solat di rumah... alhamdullilah...

Setiap langkah daripada pagi tadi dicucuri dengan penuh kerahmatan....

Mari saya kongsikan gambar sekitar pendakian ke puncak Gunung Terrace. 

 





Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

 

0 ulasan