Program Mengenali Hidupan Liar di Kawasan Utara Kanada


Semalam sekali lagi saya berpeluang mengikuti satu program di bawah anjuran Muzium Kitimat. Ia bertemakan sempena musim sejuk dan ketika ini banyak binatang sudah mula berhijrah ke tempat lebih panas.

Sebelum mendengar taklimat daripada dua orang penceramah yang didatangkan khas dari Victoria.  Mr Read dan Ms Mitchell, merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan hidupan liar di hutan British Columbia juga Kanada.  Tetapi, kerana kami tinggal di kawasan BC maka pihak muzium fokus kepada binatang yang berada disekitar tempat tinggal kami.

Pengurus muzium membawa saya dan kawan-kawan melihat binatang-binatang yang mati terbunuh dan kemudian di awetkan (dikeraskan).  Beliau menerangkan tabii hidupan liar ini, ada banyak hidupan liar yang hidup dan berkeliaran di sekitar bandar kecil tanpa kita sedari.  Anda boleh lihat gambar di bawah … 

Antara yang terkenal sudah tentulah beruang hitam, beruang grizzly, links, moose, canada goose, rusa, bob cat, harimau puma, memerang (beaver), skunk 🦨 dan ada banyak lagi…pelbagai jenis burung dan angsa.  Beliau juga menerangkan tentang binatang yang hibernasi di musim sejuk dan juga jenis burung yang berhijrah ke Selatan ketika musim sejuk.  Kenapa mereka berhijrah ? Untuk mencari kawasan lebih suam dan mudah untuk mencari makanan.

Selepas mendengar taklimat ringkas daripada pengurus muzium, saya ke bilik khas untuk melihat rakaman video daripada Mr Read tentang kitaran hidupan liar ini.

Apabila melihat kitaran hidupan liar ini, saya membuat kesimpulan bahawa Allah menciptakan sesuatu hidupan di muka Bumi ini kerana mereka membantu dan memerlukan satu sama lain. Dan, kita sebagai manusia juga wajib menjaga kitaran itu dengan sebaiknya.  Sekali terputus sahaja kitaran hidup itu maka berlakulah kerosakan Bumi ini.  MasyaAllah… menarik sangat dan semua ada diceritakan dalam kitab Al-Quran.

Selepas tamat melihat dan melihat video rakaman tersebut, kami dibahagiakan kepada dua kumpulan untuk melihat secara dekat dan boleh bertanya soalan dengan lebih terperinci. Habis satu bahagian, kami pergi pula ke satu bahagian.  

Bahagian pertama bersama Ms Mitchell menerangkan tentang tulang dan bentuk tengkorak pada  beruang  grizzly.  Apa yang membezakan gigi binatang herbivor, karnivor dan omnivor. Di sini boleh lihat bahawasanya manusia mempunyai struktur gigi omnivor.  Kenapa ? Sebab manusia makan daging dan tumbuh-tumbuhan. Hebat kan ?  …Anda boleh lihat gambar di bawah..

Untuk bahagian kedua Mr Read menerangkan jenis bulu-bulu binatang yang telah diletakkan atas meja. Bagaimana cara dijadikan benda tersebut iaitu cara pengasingan bulu daripada badan binatang tersebut.  Pertama kali pegang kan… selama ini tengok di televisyen… lembut dan geli pun ada bila menggambarkan betapa besarnya moose ini.

Kalau korang nak tahu, binatang yang saya teringin sangat lihat dan pegang ialah moose.  Sebab moose banyak terdapat di Utara Benua Amerika.  Memang Kitimat adalah antara kawasan utama hidupan liar ini.  Pertama kali saya ternampak moose jantan betul-betul dihadapan sata ketika saya memandu kereta selepas menghantar suami ke tempat kerja.  Korang boleh lihat pada YouTube Channel saya.

Selepas hampir dua jam mendengar, belajar beberapa perkataan baru dalam istilah anatomi binatang dalam Bahasa Inggeris.  Best sangat ! 

Saya minta untuk mengambil gambar sebagai kenangan buat saya dan saya katakan akan abadikan cerita pada hari ini dalam blog saya.

Thank you Read and Mitchell.  I’m so glad and happy to hear the knowledge about Wildlife In BC.  I’m so impressed.  

Saya dapat melihat serta mendengar daripada bicara mereka berdua tentang minat dalam mengkaji hidupan liar ini.





Duck
Duck 🦆 

Leg of Moose
Kaki Moose 

Bear bone
Tulang kaki beruang

Deer

Skull of bear
Tengkorak kepala grizzly bear

Canada Goose

Program Wildlife In BC

 

0 ulasan