Saya ada dua orang anak, perempuan dan lelaki... dua orang..Alhamdullilah..
Ramai di Malaysia tanya.. kenapa sikit sangat? Soalan biasa kan. Mula-mula dulu saya fikir, macamana nak jawab tapi lama-lama saya boleh ada jawapan sendiri.
"Itu yang Allah bagi, saya terima seadanya. Lagipun Allah tahu... mungkin saya ni tak boleh handle anak-anak lebih daripada dua orang".
Begitulah jawapannya..
Tapi, berbeza pula bila berada di Kanada. Sepanjang saya tinggal di sini... tidak pernah ada seorang pun yang pernah tanya tentang kenapa ada dua orang anak?
Kalau ayat sokongan adalah yang saya terima...seperti
'Kami suka kalau Siti ada baby lagi, mesti meriah...'
Boleh lihat perbezaan ayat di situ.
Kadang-kadang saya selalu fikir tentang ayat-ayat yang saya terima daripada masyarakat saya sendiri.
Banyak perkara, kita perlu juga belajar juga dengan bangsa ini.
Anak saya pernah menerima ayat ... ini sebelum kami berangkat ke Kanada.
"Kau pergi Kanada, lepas ini balik Malaysia jadi kafir la"...
Allahuakbar... sekecil-kecil anak begitu boleh berkata sebegitu rupa. Terdiam saya, siapa la ibu bapanya? Anak-anak kecil kita ini tidak tahu apa-apa tentang kafir kalau kita sebagai ibubapa tidak sebut-sebut. Mempermainkan perkataan 'kafir' itu sendiri, hina sangat kita yang mendengarnya.
Rupanya lama anak saya simpan cerita ini, setelah setahun kami tinggal di Kanada. Katanya, dia tak nak Mama dia pergi jumpa budak itu. Nanti Mama marah dia...
Bagi saya, saya tidak akan suka hati hendak marah anak orang. Saya beritahu pada anak saya... cakap perkara baik-baik kerana apabila kita bercakap baik-baik pada orang lain. Kita sedang mendoakan untuknya. Malaikat sentiasa mendengar dan melihat kita...
Hampir setiap hari di sini, bila saya sembang-sembang secara online dengan kawan-kawan di sekitar di sini. Saya banyak menerima ayat-ayat positif. Ayat-ayat yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga...
Saya mula sedikit demi sedikit belajar menyebut kata-kata reward atau penghargaan kepada mana-mana orang bukan sahaja kepada anak-anak sendiri. Saya sendiri pun sebelum ini, bukanlah seorang yang pandai memuji.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada banyak perkara baik yang boleh kita ikut dengan bangsa Barat ini. Jangan sampai nanti ada istilah 'POLITE' itu sudah bertukar kepada bangsa Barat...
Mana lah kita tahu kan...
Ini pun anak saya juga.... anak kucing. Mika namanya... |
0 ulasan