Lori dah sampai

Selepas 3 bulan menunggu kedatangan barang-barang dari Malaysia,  akhirnya penantian sudah berakhir.  Seronok bukan main lagi.

Alhamdullilah, kedatangan lori dalam cuaca yang sangat baik.  Mudahlah mereka angkat barang.  Kesian pula saya lihat mereka mengangkat kotak-kotak yang besar dan berat.

Bila saya offer nak buat kopi.  Mereka kata jangan susah hati… sebab saya tahu mereka memandu jauh hampir 24 jam baru sampai ke sini dari Pelabuhan Vancouver.





Sebenarnya salah satu yang saya tunggu adalah pakaian di musim panas.  Insyaallah dalam sebulan ini suhu sudah menjangkau ke 20 degree jadi kami tidak akan pakai lagi pakaian yang berjenis fabrik tebal.  

Mungkin ada kata boleh beli je di Kanada. Macam tiada duit.  😊Ada betulnya tapi kalau boleh yang mana boleh dijimatkan kita jimatlah kan.  Datang jauh-jauh ke Kanada bukan untuk bersuka ria tetapi ia sebuah tanggungjawab dan ada matlamat yang perlu diselesaikan. Kita membawa impian dan tugasan dari Malaysia.

Selain daripada pakaian, saya juga membawa stok makanan kering seperti cili kering, ketupat segera, lontong segera dari Malaysia.  Tekak orang Melayu macamana pun tetap rindukan makanan kita.  Betul tak?  Bolehlah masa hari raya nanti masak nasi impit, kuah kacang bersama lontong.  Sedapnya la hai… Saya bersyukur kerana ada setengah-setengah barang ala-ala Asian mudah didapati di sini.  Kadang-kadang saya ada mengirim barang-barang makanan Asian dari Calgary kerana di sana ada pasaraya Asian.  Adalah 2 kali saya kirim sepanjang tinggal di sini. Alhamdullilah dapat rakan-rakan yang baik.

Tidak dilupakan basikal dari Malaysia.  Kami bawa 2 buah basikal.  Musim panas masyarakat di sini suka mengayuh basikal kerana kawasan tanah di sini yang mendatar.

Yang paling best sekali, barang-barang hobi saya. Nak tahu apa? Mesin jahit…

Saya suka menjahit bila ada masa lapang.  Bukan semua jahitan saya suka, saya focus kepada jahitan beg tangan.

Kenapa suka jahit beg tangan?

Saya memang suka tengok beg tangan, sekiranya saya pergi shopping mall tempat yang saya tidak lupa pergi ialah kawasan beg tangan.  Saya jarang beli beg tangan tetapi suka melihat jahitan dan gaya yang dipamerkan.  Orang perempuan begitulah perangainya.

InsyaAllah, saya akan selitkan cerita-cerita jahitan beg tangan saya di sini ye.

Ok... sampai di sini entri kali ini.  Byeee

0 ulasan