Hobiku Jogging

Entri 43

Assalamualaikum w.b.t

Bila dikenangkan kembali, jogging bukanlah hobi saya sejak dari kecil.  Bukan juga seorang pelari zaman persekolahan.  Namun semenjak usia meningkat ini, setiap kali membaca berita-berita sakit daripada kawan-kawan dan juga kematian yang kebanyakkannya disebabkan sakit.  Saya jadi akur bahawasanya sakit tidak datang tanpa isyarat.  Tuhan pasti beri isyarat, jadi sebelum ia semakin berkembang dan parah eloklah kita menjaganya sekarang…

Peringkat awal memulakan larian dulu, saya memang semput.  setakat 10 minit sahaja selepas itu saya give up, balik rumah… sebelum memulakan aktiviti larian saya seorang yang cepat lesu, tidak bermaya dan mudah mengantuk walaupun saya pemakan supplemen.  Entah macam ada satu hari tu saya pun tak ingat harinya… saya ada terbaca kisah orang yang lesu ubatnya adalah dengan berlari… walaupun saya seorang yang cepat lesu tetapi saya sukar tidur malam… orang kata tidur yang tidak nyenyak…Dulu saya fikir saya kelesuan sebab buat kerja-kerja harian rumah ke? atau sibuk dengan urusan pejabat? antara salah satu saya meninggalkan kerjaya saya kerana saya merasakan sangat penat… rupa-rupanya itu bukan masalah utama sebenarnya… sebenarnya saya tidak melakukan aktiviti harian yang sihat… dan kini setelah hampir 3 tahun melakukan larian.  Saya sudah hampir selesa dengan jiwa untuk berlari dan suami juga menggalakkan saya.... mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik pada saya serta keluarga

Suasana yang mendamaikan

sambal melihat binatang-binatang ditepi tasik, ini juga terapi…


Kita layan mee goreng mamak … boleh… bersama kopi suam.. 

Ini saya kira makan tengahari juga...selepas makan kita membaca sekejap…  ooo enaknya…

Itulah serba sedikit cerita pada hari ini...mungkin esok cerita lain pula... bye bye





0 ulasan