Bila Anak Lelaki Pilih Subjek Masakan

Semalam merupakan hari pertama persekolahan bagi Tahun Baru 2021/2022 buat Umar dan rakan-rakannya. Di sini persekolahan pada tahun baru bermula pada bulan September.  Tetapi, Kanada lewat seminggu berbanding sebelah Eropah.  Umar sudah gred 7, di Malaysia seperti naik Tingkatan 1.

Pada hari pertama pula, kebiasaannya persekolahan hanya setengah hari.  Lucu pula bila melihat anak-anak balik sekolah setengah hari.  

Semasa saya menjemput pulang Umar pada tengahari semalam, terserempak dengan Carol jiran sebelah rumah sambil menyapa kami.

"How are you doing guys?"

"We are very good.  Long time no see...", jawab saya pula.

"Yes, how's your school? Why are you coming home early?"

"School half day", jawab Umar.

"Ridiculous !"  Carol tergelak bila Umar memberi jawapan begitu.  

Iye,  memang hari pertama setengah hari.  Begitulah... berbeza dengan Malaysia.  Hari pertama budak-budak sudah pulun berkejaran dengan kelas serta buku-buku teks yang banyak perlu diangkut ke sekolah setiap hari.  Tidak seperti di sini, tiada buku teks.  Malah, sering saya mengatakan kepada Umar... dia seperti pergi bermain ke sekolah. hihihi..

Semasa pulang daripada sekolah, Umar sibuk bercerita tentang subjek elektif yang perlu diambil iaitu memasak, fotografi, gardening, jahitan dan outside adventures.  Katanya kelas memasak merupakan subjek elektif yang wajib ambil.

Saya mendengar dengan penuh senang hati.  

"Baguslah tu", jawab saya.

"Tapi Adik suka yang outside adventures tu, tapi Maks kata dia nak join kelas cooking", kata Umar.

"Join je cooking class tu nanti next term join kelas lain pula.  Winter bukan dapat keluar kemana-mana sangat.  Skii la rasanya", panjang penerangan saya.

Setahu saya Umar ni ada banyak mood, banyak ikut kawan. Kalau kawan-kawannya pilih subjek itu, dia akan ikut.  Sebab utamanya dia nak berkawan.

"Nanti boleh tolong ajar Mama buat roti.  Orang sini kan pandai buat roti, pasti ada silibus belajar buat bread", kata saya.

"Ok lah.  Nanti esok bincang semula dengan Maks dan Nicholas", kata Umar.

Begitulah dengan anak lelaki saya ni.  Beritahu sesuatu wajib ada sebab kenapa dia perlu buat.  Seringkali dia akan mengalah bila saya bersetuju untuk menyertai apa yang dia pilih.

Hai, anak bujang seorang...


Buat Roti
Tolong uli tepung.  Masa ini Umar berumur 11 tahun. Comel sangat masa dia !



 

0 ulasan