Menjadi kelaziman bila menjelang musim panas, aktiviti utama di sini adalah masuk hutan dan mendaki.
Pada minggu ini, saya bertiga tanpa Umar telah masuk ke hutan yang berdekatan dengan sebuah berkampungan First Nation Haisla Village. Kali ini saya ke Gazebo Trail. Trail ini sebenarnya berhampiran dengan laut. Mengadap Douglas Channel.
Cantik sangat. Nampak air laut itu boleh macam try nak mandi.
Lana cuba rendam kaki di air. Tidak sampai dua minit... sejuk !!! Hahahah
Cuaca ketika ini sekitar 10 -14 degrees di waktu siang tetapi menjelang malam. Ia akan turun kepada 5 degrees.
Jom..layankan gambar kami di dalam hutan 4 musim.
Kemudian, kami ke kawasan pokok lupin di Kitamaat Village berhampiran anak sungai yang mengalir deras.
0 ulasan