Menjamu selera Restoran Korea Jepun di Kanada

Entri 64

Semalam kami sekeluarga pergi ke Terrace, British Columbia, Kanada untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan peralatan kereta.

Memandangkan saya puasa, anak-anak saya mengajak makan di Restoran Ninja www.ninjasushiterrace.ca .  Lana kata kita buka puasa di restoran sambal memujuk Papa mereka.  Rupa-rupanya rancangan itu telah dirancang lebih awal lagi.  Tak apa lah anak-anak… kesian juga asyik makan melayu sahaja.  Memang kami sangat jarang makan di luar memandangkan kebanyakan restoran menyediakan bahan makanan yang  diharamkan dalam resepi mereka.  Hampir ke semua makanan di sini, saya masak sendiri.

Ok!  Di sini saya beri sedikit tip pemilihan makanan atau menu di restoran Korea atau Jepun yang mana terletak di luar dari Malaysia.  Mula-mula kita tengok bahan pada menu tersebut dan selalunya saya tanya pada tukang masak jika saya tidak yakin. Kebanyakan makanan Korea dan Jepun berasaskan sayur.  Jangan risau bab-bab tanya bahan-bahan ni, mereka akan layan kita sehingga kita puas hati.  Ingat senang nak dapatkan pelanggan. Betul tak?

Setelah berpuas hati, kami memilih spicy squid, spicy tohu soup, takoyaki dan japchae.  Kalau boleh jangan pilih ayam ataupun daging lembu.  Memang tidak halal.  Kami hanya pilih menu berunsur makanan laut sahaja.  Makanan pula semuanya panas-panas,  memang lah menyelerakan.  Sudahlah di luar tu sejuk.  Walaupun sudah masuk spring (musim bunga) tetapi suhu di sini masih lagi di bawah 5 degree waktu malam dan tengahari mencecah 12-15 degree.  Ok lah..tak sejuk sangat.

Baik ...sudah selesai coretan hari ini.  Mari kita menjamu selera!

Mungkin kepada sesiapa yang ingin datang ke sini bolehlah menjamu selera di Ninja
http:///www.ninjasushiterrace.ca

Jom tengok gambar….suka kan tengok gambar…










Jangan lupa #ceritakamidikanada





0 ulasan