Percutian ke Sabah Part 2

Entri ke 38

haiii...kita sambung part 2 ok..kali ni mengisahkan perjalanan dan percutian ke Kundasang..orang kata kalau datang KK wajib datang ke Kundasang...

Kami bertolak dari KK jam 6 pagi... rakan Sabah saya kata elok bergerak pagi-pagi supaya tidak bertembung bas dan lori yang hendak ke Tawau..

Kami menyewa kereta dan memandu sendiri ke Kundasang..itu lebih mudah sebab saya tidak suka orang menunggu dan ditunggu..hihihii

Kepada yang perlukan kereta sewa boleh layari www.borneofastline.com hubungi En Akmal 017-8179994 ...alhamdullilah servis yang bagus, pantas dan tepat masa... Kalau boleh pada pendapat saya sewalah kereta 4 wheel drive.. itu lebih baik untuk orang seperti saya tapi sewa kereta proton saga pun boleh..cuma sakit badan dan lenguh bahu lahh...


Penglihatan yang berkabus..berdebar jugak time nih...sebab tak jelas...suasana pun dah mula sejuk


Saya terpaksa berhentikan kereta sebab ingin menikmati suasana yang sangat cantik..kepulan-kepulan awan seperti terletak di atas pokok-pokok.. ini sekitar jam 7.30 pagi

 Puncak Gunung Kinabalu dilitupi awan


rasa macam gemuk pulak bila pakai baju 2 lapis..
sebenarnya berhenti sekejap di R&R sebab nak ke tandas..hihihi...tak sangka pulak view kat sini cantik sangat..

Tempat pertama yang kami kunjungi di daerah ini.. Kinabalu Park, untuk pengetahuan kawan-kawan semua di sini permulaan pendaki-pendaki ke Gunung Kinabalu.  Umar dah sibuk ajak naik...tak bolehlah sayang..pakaian pun tak lengkap...

Boleh tunjuk je lah...


Pendaki-pendaki sedang di beri penerangan akhir sebelum masuk ke pintu Kinabalu Park... macam teringin pulak nak join...insyaallah satu hari nanti akan kudaki..



ambil gambar pokok ye.. 

Boleh juga park kereta kat sini..tapi jauh la nak berjalan ke pintu tu..ni sebab nak bergambar


Umar kata tak sejuk lah

Kaki dah kotor sebab terkena lecah..basuhlah dengan air longkang tuhh...air dari gunung..

Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang.. Nak pergi ke Little New Zealand of Sabah. taraaa


Taraaa...cantik tak?

Bergambar di pintu Desa Cattle Dairy Farm
tiket masuk dewasa RM 5, kana-kanak RM 4



suasana orang ramai ingin membeli susu.. susu dia memang segar...

tempat pemerahan susu.. lembu baru sahaja balik ke kandang so tak adalah dapat tengok sesi memerah


Geram tengok pokok bunga segar-segar betul di sini..

taman-taman bunga di Dairy Farm

nak ikut kami balik?

view paling cantikk


Opps...kakak kata..tak ready lagi papa..

Kemudian..kami meneruskan perjalanan ke Sabah Plantation yang terletak 10 km daripada sini.. Umar kata sempat la tidur..

haippp...



di Ladang Teh...Sabah Plantation..

Kami tak lama ronda-ronda di sini sebab anak-anak tak sabar nak tengok ikan....ye lah budak-budak..

Haa.. ni lahh tempatnya Tagal...yang terletak di Sungai Moroli (Kampung Luanti).  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Sabah Plantatation.  Tiket masuk dewasa RM 3, kanak-kanak RM 1.. wajib datang ke sini..

Punyalah jinak..sekali masuk kaki habis kerumun semua ke kaki kita...

Nak pegang tapi geli.. sebab ikan dia besar-besar belaka..


Setelah puas bermain ikan..hujan pun dah turun..perut pun dah lapar.. kami ambil keputusan untuk check in hotel...eeeee tak sabar sangat...orang kata view dia cantikk...

Ada banyak pilihan hotel dan chalet di sini..kami memilih tempat tinggi so macam biasa saya gunakan agoda.com ..nak sampai ke sini pun dah seram...punyalah mencabar perjalanan nak sampai ke sini...Kami check in Hotel Celyn Resort Kinabalu..memang tinggi wooo...sejuk weiiiii...tak yah pasang aircond..


Taraaa...ni ambik time pagi-pagi


Ni la diaaa..



ok kann...semua menaikkk


Kami pilih tingkat atas sekali sebab nak mengadap bilik..view kinabalu


Driver dah kelaparan, makan di beranda sambil mengadap view Gunung Kinabalu.  Nampak kan puncak gunung kinabalu

Kami berada di simpang nak ke Celyn Hotel..


Sambil menikmati breakfast di Celyn Hotel..boleh nampak masyarakat Sabah bekerja di kebun-kebun lereng gunung...Sedap jugak bihun goreng kat sini tauu..


Umar kata sedap sangat katil kat Celyn ni mama...ye lahhh Umar..

Pandangan daripada beranda Celyn Hotel

Nice view...Gunung Kinabalu


Perjalanan menuruni dari Celyn Hotel..baru lepas check out.. jalan yang tidak bertar...baru lah adventure kann

Hari Terakhir

Kami bergerak ke daerah Ranau untuk melihat Hot Spring..perjalanan mengambil masa 40 minit dari Celyn Hotel..



Selamat datang ke Hot Spring..

Kami Datang..

Selamat datang..ada macam-macam taman di sini..memandangkan masa pun tak berapa nak cukup jadi kami memilih pergi ke jambatan gantung..dan hiking sikit..lahh


Bayaran untuk ke jambatan gantung

Adalah kena lalu hutan sikit...tapi lelah jugakk weii..tinggi.. Papa Lana kata macamana nak daki Gunung Kinabalu nih..kalau ni pun dah semput..

Ada beraniii?? Umar selamba je..Mama dia yang ketar lutut

Pandangan dari atas jambatan gantung...sempat lagi tuhh ambik gambo

Lana sedang memberi penerangan...hihi


Rendam kaki kat air panas...suam je....angin pulak tiup sejuk jekk
kakak kata kaki dah kecut..


Maka, dengan ini berakhirlah percutian kami di Kundasang...sebelum sampai di KK...kami singgah di Rumah Terbalik..tempat terakhir sebelum terus ke airport KK..

sekejap je dalam 30 minit..umar dah sibuk ajak balik..agaknya tak menarik kot..lagipun masa pun dah jam 4 petang..kelaparan..

Jom layan kawasan Rumah Terbalik..

Memang terbalik sungguh...kami tidak dibenarkan ambil gambar dalam rumah tu..menurut kata pemandu pelancong rumah ini merupakan contoh rumah suku kaum bajau

Kancil pun terbalikk


tekezut first time tengok..


bayangkan kalau toilet ni terbalik..habis air yang kat dalam bowl tuh..hahaha



kucing pun pelik dengan manusia nihh


meowww


nak jual lagu mana kalau dah terbalik


air pun jatuh Lana.. macamana nak siram...


Tanda kami nak balik dah...lain kali jumpa lagiii...


okkk...habis lahh acara percutian di Sabah...insyaallah kita berjumpa lagi di lain entri...semoga maklumat pada entri dapat membantu yang bercadang nak melancong ke Sabah negeri di bawah bayu...






















0 ulasan