Kek Pisang Lembap Bakar

Semenjak datang ke Kanada, kemuncak semangat kerajinan memasak itu boleh lah tahan...

Saya masih ingat lagi... semasa di Malaysia. Saya boleh kira dalam seminggu ada beberapa kali sahaja saya masuk ke dapur dan masak bersungguh-sungguh untuk hidangan keluarga.  Selalunya suami beli lauk yang sudah siap dan masak nasi.  Bertuah betul kan...

Niat saya, tidak mengapalah tidak memasak pun tetapi bila kita membeli bermakna kita membantu peniaga-peniaga lain.  Ayat penyedap hati 😆

Tapi, semua itu tidak boleh diteruskan sejak datang ke sini.  Saya wajib memasak hari-hari... bila musim persekolahan. Saya perlu menyiapkan 'lunch box' untuk anak-anak dan juga suami.  Malam juga saya masak untuk hidangan makan malam.  Kadang-kadang, saya masak untuk kudap-kudapan.  Di sini tiada restoran halal yang untuk kita kunjungi sesuka hati.  Tiada restoran Melayu...  mungkin juga sebab saya tinggal di kawasan terpencil.  Begitulah..

Petang semalam, saya buat kek pisang lembap untuk hidangan makan petang.  Sebenarnya sudah beberapa kali saya buat kek pisang di sini.  Rupanya bila sudah buat berkali-kali, senang sangat rupanya... syukur Allah beri peluang untuk saya jadi surirumahtangga sepenuh masa.

Walaupun, banyak resepi kek pisang di internet tetapi saya suka dengan resepi daripada Puan 👉  AzieKitchen Blogger.  Mudah dan ringkas.. yang penting sedap... Terima kasih Puan Azie.

Bukan saya kata yang lain tak sedap tetapi sebab sejak mula-mula lagi saya sudah gunakan resepi daripada Puan AzieKitchen, maka saya teruskan sahajalah.  Lagipun, bila buka blog resepi Puan Azie, bukan sahaja resepi tetapi Puan Azie banyak menceritakan tentang usrah-usrah yang beliau perolehi daripada kelas-kelas mengaji.  Terpulang kepada semua pembaca untuk mencuba ye.  Jangan kecil hati pula...

Pilhan masing-masing...

Tetapi, semalam saya minyak jagung saya sudah habis dalam simpanan maka saya gunakan minyak masak.  Dan, saya dapat rasakan perbezaannya ialah kek saya kurang lembap berbanding sebelum-sebelum ini.  Saya juga perasam kek pisang kurang laku keras...mmmm

Jom kita masak kek pisang...

Taraaa kek pisang yang sudah siap di makan



bahan-bahan kek pisang
Tepung gandum perlu di ayak untuk dapatkan tekstur tepung lebih baik

Pisang berangan yang di lenyek
Pisang berangan yang sudah siap dilenyek

Telur, gula kastor pukul sehinggan kembang berwarna keputihan

Kek Pisang yang sudah siap di masak





0 ulasan