Bila Anak Kucing Call Polis

Hari ini merupakan hari ke lima saya bersama dunia baru iaitu bersama anak-anak bulus saya.

Semenjak kedatangan mereka, rutin kehidupan saya sudah berubah dan bertambah.  😅  Tipulah kalau saya kata, saya tidak penat..penat sangat tau! Seperti membela anak kecil yang baru dilahirkan.

Pagi-pagi mereka lebih awal bangun daripada saya...minta bangun solat Subuh ..
"good boy"...Selalunya suara Mika lebih kuat berbunyi dan memanggil saya.  Suara Mina memang tidak kedengaran langsung sekiranya waktu pagi..nyenyak tidur.

Hari ini, ada kisah yang melucukan...kelam-kabut saya dibuatnya..

Seperti biasa, budak dua ekor ini akan bermain disekeliling meja saya selepas mereka makan.  Tapi, hari ini, dua ekor ini sudah semakin aktif dan sudah berbaik mesra.  Tidak seperti hari-hari awal kedatangan Mika sebelum ini.  Mereka bermain dan melompat-lompat di atas meja tulis saya.  Di bahagian tepi meja saya, saya letak mesin 'alarm rumah'.

'Alarm' ini bersambung secara sistematik dengan balai polis, balai bomba serta paramedik.

Hendak dibuat cerita...

Si Mina boleh pula pergi menggigit mesin itu dan tangannya melompat pada skrin komputer.  Saya pun tidak perasan bila masa dia menekan butang-butang pada skrin.  Selepas nampak skrin keluar tanda merah, saya tekan bahagian 'silent alarm'..

Tidak sampai 10 minit, seseorang telah mengetuk pintu rumah dengan kuat sekali.  Bila saya buka rupa-rupanya seorang anggota polis berpakaian lengkap dengan pistol di pinggang berdiri di hadapan saya.  Dan, waktu itu juga, 'alarm' rumah berbunyi serentak.  Adoii..

Pegawai polis itu bertanya, ada masalah apa-apa yang berlaku ke kerana pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada rumah ini.  Saya menjawab tiada..

Saya tiba-tiba terfikir bahawasanya anak kucing ada tertekan butang 'emergency' pada mesin alarm tersebut.  Saya meminta maaf banyak-banyak pada pegawai polis tersebut kerana menyusahkannya.
Sempat dia membantu saya menutup semula bunyi 'alarm' yang tidak berhenti semenjak kemunculannya.  Bengit telinga dibuatnya..😆

Mesti korang tengah bayangkan kan?  😅

Ragdoll Kitten
Muka Tidak Bersalah !! 😆



1 ulasan