Pada hujung minggu yang lepas, saya telah menerima undangan makan tengahari daripada rakan saya yang berasal dari Dubai. Beliau berketurunan Yaman dan telah menetap di Kanada lebih daripada 10 tahun.
Kali ini, saya dijemput bersama anak-anak. Tujuannya untuk merapatkan silaturrahim antara dua keluarga. Namun begitu, saya telah memintanya untuk mengajak seorang lagi rakan baru yang baru sahaja berpindah ke daerah ini.
Saya mengenalinya sebagai Reem, sangat peramah dan pemurah hati. Beliau sebenarnya sudah beberapa kali menjemput saya makan di rumah beliau. Sememangnya saya bercadang ke rumahnya tetapi keadaan Covid19 ini menyebabkan semua rancangan saya untuk kunjung-mengunjungi rakan-rakan baru di sini terbantut. Dan, saya juga yakin mereka semua memahaminya.
![]() |
Inilah rupa 'Stuffed Grape Leaves' |
![]() |
Nasi Bukhari dan Ayam Panggang |
Saya mengenalinya sebagai Reem, sangat peramah dan pemurah hati. Beliau sebenarnya sudah beberapa kali menjemput saya makan di rumah beliau. Sememangnya saya bercadang ke rumahnya tetapi keadaan Covid19 ini menyebabkan semua rancangan saya untuk kunjung-mengunjungi rakan-rakan baru di sini terbantut. Dan, saya juga yakin mereka semua memahaminya.
Serangan wabak ini seolah-olah seperti dunia mengalami Perang Dunia Ketiga. Bukan berperang dengan senjata api tetapi berperang dengan musuh yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Allahuakbar... Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan berada di bawah rahmatNya.
Perkenalan saya dengan wanita berketurunan Yaman ini masih lagi baru tetapi apabila kami berjumpa seperti sudah kenal lama. Alhamdullilah... saya bersyukur dikurniakan dengan kawan-kawan yang baik disekeliling saya walaupun berlainan negara.
Memandangkan majlis dan jamuan itu tidak formal saya telah menjemput seorang kenalan baru saya yang berasal dari India. Saya juga yakin rakan baru saya ini akan selesa dengan Reem walaupun berlainan agama dan bangsa. Tekaan saya benar sekali, Bharti cepat mesra dengan Reem. Alhamdullilah, itu tujuan asal saya. Saya ingin merapatkan rakan-rakan yang baik saya di sini supaya apabila berlaku apa-apa ada tempat untuk mereka merujuk.
Bharti merupakan jiran baru saya yang berasal dari India. Sangat baik dan sopan santun orangnya. Terasa sangat bila bersembang dengannya saya dapat rasakan saya sedang bercakap dengan rakan senegara sendiri. Betul la orang kata, penting sangat kita baik dengan semua orang dan bersangka-baik. Bharti sendiri suka berkenalan dengan ramai orang di sini. Kalau boleh dia ingin berkenalan dengan penduduk Kitimat. Syukur sekurang-kurangnya ada ruang untuknya bersosial.
Di rumah Reem, kami telah dihidangkan dengan makanan tradisional Arab. Sesungguhnya memanglah saya tidak pernah berjumpa dengan semua makanan yang dihidangkan. Sekali lagi, saya bersyukur kerana dapat menikmati hidangan dari Arab. MasyaAllah...
Makanan Arab tersebut ialah stuffed grape leaves, ia dibuat daripada sayur-sayuran kemudian dibalut bersama daun anggur. Pertama kali, saya mencuba dan melihat makanan ini. Selain daripada itu, ada dihidangkan nasi bukhari seria ayam yang dipanggang. Selepas makan makanan berat, kami dihidangkan pula manisan daripada Arab. Memang sangat mengenyangkan.
Sebelum pulang, Reem menyediakan pula bekas-bekas kosong untuk kami mengisi makanan yang terhidang di atas meja untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing.
MasyaAllah, sungguh murah rezeki kami pada hari itu.
Semoga pertemuan ini dapat terjalin dengan baik selama-lamanya. Saya mendoakan keberkatan buat keluarga Reem khususnya dan sentiasa diberikan kesihatan serta murah rezeki.
Lain kali, boleh jemput lagi ye.....
Di sini saya sertakan gambar makanan Arab tersebut yang diberi nama 'stuffed grape leaves'.
0 ulasan