Berita Kucing Di Baham Beruang

Sesiapa pun agar sedih bila kucing peliharaan mereka hilang...

Hilang dan akhirnya mendapat berita mati.. 

Koleksi Sitikb
Mika sedang memerhatikan suasana di luar sana.


Sudah hampir sebulan, 2 ekor anak kucing ini bersama dalam keluarga saya. Saya mula mengenali tabiat-tabiat kucing walaupun sebelum ini saya bukanlah seorang yang tersangat suka dengan kucing.  Mungkin juga suasana di Kanada membuatkan saya mula mempunyai keinginan mengenali lebih dekat binatang yang terkenal dengan gelaran si bulus ini.

Saya memilih untuk kucing saya hanya tinggal dan bermain di dalam rumah.  Dan, saya fikir rumah ini juga sudah cukup luas untuk mereka bermain.  Sebab saya sendiri pun kadang-kadang kepenatan menguruskan kebersihan rumah ini.  Memang penat pun..😆

Ramai yang saya dengar dan saya baca tentang kucing peliharaan di kawasan komuniti saya yang hanya tinggal di dalam rumah.  Ini disebabkan keadaan persekitaran yang merbahaya buat mereka.  Di kawasan rumah saya ini banyak binatang buas keluar berkeliaran seperti beruang hitam dan serigala.

Pada mingau lepas, saya ada mendengar dan melihat video salah seorang penduduk tempatan di daerah ini.  Bagaimana seekor beruang hitam yang sedang berkeliaran di kawasan komunitinya membaham seekor kucing.  Sangat tragis... dan dia menceritakan bahawa hanya dapat melihat daripada tingkap rumahnya.  Tanpa berbuat apa-apa tindakan.  Saya juga melihat video yang dikirimkan... sedih dan gerun.

Beruang bukanlah sejenis binatang yang bila kita menjerit dia akan lari bertempiaran malah kadang-kadang kita pula yang dikejarnya.  Jadi, jangan nak cuba-cuba dengan beruang ini.

Maka, pendapat saya biarlah kucing-kucing saya hidup berkeliaran dalam rumah saya.  Itu lebih baik... mungkin sekiranya mereka sudah besar sedikit.  Saya akan keluar bawa mereka berjalan-jalan tetapi atas pemantauan daripada saya sendiri.




0 ulasan