The Official Siti Khairulbariah Blog
The Official Siti Khairulbariah Blog
  • Home
  • Travel
  • Affiliate
  • Features
    • Tinta Penulis
    • Aktiviti
      • My Pets
      • kisah anak-anak
      • Dari Bilik Kraf
      • Dari Kamar Dapur
      • Category 5
    • My Karya
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Sehari Bersama Ms Margaret membuat kad.  Kami terbahagi kepada dua kumpulan kerana permintaan yang tinggi. 

Yang paling menyeronokkan kelas ini secara percuma, ditaja sepenuhnya oleh English Community Corner.  Tak ke bahagia rasanya?  Hanya bawa badan dan boleh bawa balik hasilnya. 😍😍

Dan, saya paling seronok belajar dengan Ms Margaret kerana beliau mengajar secara perlahan dan teratur. Sesuai dengan statusnya merupakan seorang pesara guru. Bahasa yang digunakan sudah tentulah bahasa Inggeris.  Baru ku tahu selama ini kad-kad yang dikirimkan pada saya sangat rumit untuk membuatnya.

Card Making Activity
Bersama peserta Card Making

Card Making Activity
Bersama Margaret (cikgu pencen minah saleh)

Card Making Activity
Suasana semasa aktiviti 'Card Making'

Pada hari Rabu lepas, saya bersama-sama kawan-kawan pergi hiking.  Di sebuah kawasan hutan seperti Fairytale…. 

Nama trails kali ini ialah Gazebo Trails.  Ia terletak bersebelahan dengan Douglas Channel iaitu laut yang menghadap ke Pasific Ocean.  Trails ini juga terletak tidak jauh dari Kitamaat Village iaitu sebuah perkampungan Haisla Indigenous People atau Orang Pertama Haisla. 

Menurut kawan saya iaitu Alyson, beliau mengatakan kawasan hutan ini sangat cantik ketika lepas musim Sejuk kerana banyak pokok-pokok renek akan tumbuh merata.  Juga lichen juga banyak kelihatan di sekitar pokok-pokok reput.  Batang-batang pokok yang sudah reput kelihatan lichen… cantik sangat.  Ada pelbagai jenis lichen sebenarnya.

Semenjak mengikut aktiviti ini, saya dapat rasakan badan lebih segar dan cergas.  Mungkin ini agaknya, rahsia bagaimana Minah Saleh ini kuat dan bertenaga. 😄 

Hiking Canada



Selamat Pagi dan Assalamualaikum semua..

Lama betul saya simpan hadiah-hadiah ini.  

Saya menerima bunga dan kad-kad yang cantik... belum lagi ucapan-ucapan yang sangat sangat awesome.

Ada rupa kucing pun ada.. kad yang gambar kucing itu daripada Ali Webster sekeluarga.  Thanks with love you guys!  Ali merupakan jiran kami, tidak jauh daripada rumah saya. Pernah beberapa kali anaknya tidur di rumah kami kerana Ali dan suaminya travel ke Vancouver atas urusan kecemasan.  Macam jadi babysitter la .. begitulah..Tahun lepas semasa minggu akhir Ramadhan hingga hari raya pertama anaknya tinggal dengan kami sekeluarga.  Jadi, anaknya akan makan apa yang kami makan.. hahaha yang anak mat saleh yang suka makan makanan Malaysian walaupun tak pernah jejak Malaysia. 😆

Ok, yang kedua kad itu...merupakan daripada Margaret yang merupakan kawan saya yang juga seperti guru Bahasa Inggeris Canada. hahaha...yang best tentang Margaret ni, dia seorang yang rajin membantu siapa sahaja.  Beliau merupakan seorang pesara guru.  Pernah Margaret menolong saya menanam tulip bulp di kawasan laman depan rumah saya.  InsyaAllah, saya akan ceritakan bila tulip sudah berkembang mekar.  Kalau nak tahu, Margaret sudah berusia 73 tahun tapi sihat alhamdullilah.  Setiap minggu, saya dan beberapa kawan di sini pasti saya akan bervideo menggunakan Teams.  Sembang-sembang sahaja selama 1 jam setengah.  Sambil itu, Margaret akan memperbetulkan ayat-ayat saya yang kebiasaannya saya gunakan terms in UK.. hahaha kan Malaysia kan belajar guna UK English.

Berbalik kepada kad pemberian daripada Margaret.  Sebenarnya Margaret, satu perkara paling best ialah beliau suka buat kad sendiri.  Menggunakan kreativitinya sendiri... saya sangat teruja melihat hasil seni tangannya.

Jom.. saksikan hasil kad-kad yang saya terima ...😉  






Koleksi Sitikb
Bahagian depan (Kad daripada Ali)



Koleksi Sitikb
Bahagian Dalam (kad daripada Ali sekeluarga)

Koleksi Sitikb
Bahagian dalam (kad daripada Margaret)


Koleksi Sitikb
Bahagian depan (kad daripada Margaret)

 

Koleksi Sitikb

 Kisah beberapa hari lepas…

Malam sebelum kejadian, saya terima WhatsApp daripada Alyson.  Tanya tentang masa free saya di waktu tengahari..

“ Hi Siti, what time is your dentist appointment tomorrow?”

“10.30”, jawab saya…

“Do you have time to meet me and Dora and Sue Jay for lunch tomorrow at Rosario’s at 12:30?”

“Yes, I do… And where is Rosario’s 😂?”

“Wonderful! Rosario’s is the restaurant at the intersection where the Microtel is. I’ll send the link” …

Dan masa yang ditunggu-tunggu pun tiba…

Dan, saya juga tahu hari itu adalah harijadi Dora.  Sebelum datang ke Rosario’s saya singgah di Shoppers Drugmart untuk beli something yang saya tahu Dora pasti suka…

Bila saya masuk ke restoran, saya tanya kaunter di mana kaunter Sue Jay.  Terus mereka tunjuk ke arah meja di sana.

Kelihatan muka dan mulut Dora ternganga dengan kedatangan saya. Rupanya Sue Jay dan Alyson buat surprise pada Dora dan saya.  Alahai… so sweet 🥲…

Tetiba, air mata saya pun meleleh … sebak dan sayu… 

Lama juga sebab kaunter girl datang nak ambil order… tapi dia kata “you can call me after you’re ready”.  Saya pun tak faham kenapalah air mata ini berderai.  Adoiii… jenis suka meleleh air mata. Hahahha…

Kami bersembang sampai restoran itu … habis semua balik (masuk kerja semula) … adalah juga 2 jam setengah.  Macam-macam cerita daripada hal-hal anak-anak sampailah ke politik juga pasal perang yang terkini iaitu antara Rusia dan Ukraine.  Saya faham sangat mesti diaorang terasa .. sebagai warganegara Kanada yang mana Kanada berpihak dan membantu Ukraine.

Antara cerita yang saya tekankan ialah pada Sue Jay.  Yang sudah berusia hampir 80 tahun tetapi masih lagi bertenaga dan sentiasa bersemangat.  Apakah rahsianya…

Beliau kata .. dia tiada rahsia tetapi dia suka kongsikan.  Mendiang ibunya meninggal pada usia 103 tahun tetapi pada usia 92 tahun pernah mengatakan.  Dia berusia seperti 60 tahun…

Maksudnya ialah… mereka sentiasa berfikiran positif.  Jangan kata diri sudah tua kerana bila kata begitu kita akan set mind kita sudah tua. Maka, kita tidak akan bersemangat lagi untuk teruskan hidup.  Sentiasa aktif dengan aktiviti sukan… walaupun Sue Jay sudah berusia dia tetap pergi swimming pool.  Dan, sebelum perjumpaan kami pada tengahari itu, dia baru pulang daripada kolam renang. 

Tiga tahun saya mengenalinya, dan setiap kali berjumpa pasti pujian tidak pernah lekang di mulutnya.  Puji-pujian adalah mainan bicara baginya.  Itu yang saya nampak…tak perlu buat penghakiman tentang berapa keikhlasan pada setiap orang.  Berkata-kata dan bercerita tentang yang baik-baik adalah terapi yang sangat mujarab untuk manusia…sihat tubuh badan dan rezeki panjang umur.

Banyak yang saya belajar daripada sikap dengan masyarakat tempatan. Yang tak baik pun banyak tapi tak perlu kot tulis kat sini.  Kita delete je cepat-cepat sebab buat sakit jiwan dan otak sahaja nanti.  Betul tak ?

Sekali lagi buat kejutan ….

Sue Jay belanja kami semua lunch pada hari itu… Thanks so much Sue Jay …




Jumaat adalah hari persekolahan di sini iaitu Kanada …

Tetapi, Jumaat kelmarin … suami ambil cuti dan saya pula menjadi peneman kepada Umar.  Umar ada rombongan sekolah ke Shames Mountain Ski Resort.  

Koleksi Sitikb
Pemandangan di Shames Mountain ketika waktu pagi..


Dan, elok pula… ada lagi dua orang kawan baik pada Umar ingin menumpang kereta kami.  Apalagi kan… memang kecoh satu kereta sepanjang perjalanan dengan suara budak-budak di belakang tempat duduk. Hahahha..

Perjalanan dari Kitimat ke Shames Mountain mengambil masa 1 jam setengah. Kawan-kawan sekolah Umar menaiki bas sekolah.  Ada juga yang datang bersama ibubapa masing-masing.

Kami bertolak 7.30 pagi dari Kitimat dan tiba jam 9.15 pagi.  Elok-elok kaunter pendaftaran dibuka. 

Selepas Umar dan kawannya bersiap dengan peralatan ski, mereka bersiap sedia di chair lift.  Nak naik ke atas gunung.

Saya dan suami masih lagi di kaunter untuk menyewa kasut dan ski serta bayaran magic carpet. Magic carpet merupakan satu bahagian yang baru siap pada tahun ini.  Memudahkan kepada ski beginner seperti saya.  Magic carpet itu seperti escalator.  Saya booked temujanji untuk ambil kelas ski.  Dapat jam 2 petang.  Bermakna sepagian ini saya berlatih seorang diri di bunny hill.

Bunny hill merupakan satu bahagian untuk yang baru belajar dan masih lagi berlatih untuk meluncur.  Kalau sudah rasa yakin bolehlah naik ke atas menggunakan chair lift. 

Koleksi Sitikb
Ready untuk meluncur…


Harga untuk belajar selama 1 jam ialah 50 dolar dan sewa ski gears ialah 37 dolar.  Belajar memang tidak lama tetapi itupun sudah cukup kita terumbang-ambing. 😃

Memang habis lah … kiranya.  Pertama kali saya masuk lesson ialah 2 tahun lepas dan ini adalah kali kedua mencuba.  Pengalaman kali pertama memang sangat menyakitkan sampai saya jadi fobia.  Kalau nak tahu.. cubalah.  Jangan takut jatuh…hihihi… belajar kan…kalau jatuh, kita bangun. 

Iye… saya balik jam 3.30 petang.  Kiranya kali ini puas sangat sebab matahari bersinar cantik.  Umar suka sangat sebab dari buka kaunter sampai ski resort tu tutup. Lucu kan.. kita buat macam tempat permainan kita pulak ! 😅


Gaji pertama !!!


 Siapa yang tidak gembira apabila mendapat gaji pertama !

Itulah pengalaman buat anak sulung saya Lana apabila berjaya menjayakan projek dalam berkerjaya pada bulan pertama.

Pada beberapa bulan  lepas, Lana dan kawan-kawannya cuba mencari kerja part time selepas waktu sekolah ataupun hujung minggu.  Dan, sebenarnya pencarian serta pengalaman bekerja sambilan merupakan kredit untuk mereka sebagai pelajar High School. Di sini, pelajar sekolah boleh bekerja secara sambilan.  Untuk Lana memang dia tidak dibenarkan bekerja di shopping mall kerana tiada work permit.  Kerana Lana hanya ada visa sebagai international student.

Rakan-rakan baiknya yang merupakan warganegara Kanada ada yang telah mendapat kerja hujung minggu di Pasaraya Save On Food dan No Frills. Ada juga yang menjadi babysitter.

Pada awal bulan Januari, Lana telah mencuba untuk menjadi guru piano bagi kanak-kanak sekitar sini.  Dia telah mencuba menghubungi kawan-kawan saya dan mengiklankan dirinya.  Alhamdullilah, seorang kawan saya ingin menghantar dua orang anaknya yang berusia 6 tahun dan 4 tahun.  Lana mengajar selama 30 minit untuk setiap seorang.  Itupun sudah cukup lama untuk kanak-kanak bawah umur.  Bayaran standard untuk 30 minit ialah CAD 15 dolar.

Lana mempunyai kelayakan untuk mengajar piano daripada level 0 hingga 4.  Kelayakan yang diterimanya daripada Royal Academy Music Canada.  InsyaAllah, pada hujung Jun ini, dia akan tamat untuk level 8 bagi piano. Saya bersyukur padaNya, dia memang tekun menghabiskan piano lesson.  Daripada tidak tahu apa-apa tentang muzik…

Berbalik cerita tadi…

Maka, tiga minggu lepas… rakan baiknya Grace memberitahu Lana tentang kerja sebagai baby sitter.  Grace telah berjaya menjaga seorang kanak-kanak di sekitar rumahnya selama 2 jam.  

Kebiasaannya, untuk jadi babysitter tidak perlu kelayakan.  Samada datang ke rumah yang berkenaan atau kita datang ke rumah mereka.  Selalunya, babysitter akan datang dan layan di rumah orang itu.  Jarang sangat kanak-kanak itu nak datang ke rumah kita.  

Pada mulanya, Lana membuat iklan tentang babysitter menggunakan platform media sosial Facebook saya.  Dia iklankan menggunakan FB group komuniti di lorong perumahan rumah kami.  Alhamdullilah, keesokan harinya Paul dan Erin telah messaged pada suami saya untuk book masa Lana pada hujung minggu.  Kerana, mereka ada event bermula jam 5 petang hingga 10 malam.  Woww… seronok betul nampak mukanya.

Jadi, semalam Lana pergi ke rumah Paul… menemani Harper (anak perempuannya) yang keseorangan di rumah bersama dua ekor anjing. 

Bercerita tentang pengalaman sebagai babysitter.

Bila waktu Maghrib menjelang, saya minta Umar (anak lelaki saya) ambil alih sementara Lana pulang ke rumah untuk solat Maghrib. Nasib baik rumah dekat… boleh juga lari-lari… tapi ok je saya lihat.  Anak-anak saya pandai handle masa solat mereka…

Bila Lana selesai kerja…

Punyalah dia seronok bercerita.  Katanya Harper makan buah strawberries yang Kakak Lana bawa.  Anjing pun tumpang sekali makan.  Hahah… geli hati pula..

Bila Lana ajak membaca komik bersama-sama sambil menonton tv, Kakak Lana kata anjing mereka duduk baring atas peha Kakak… katanya.  😅.  Alhamdullilah, Lana sudah berani handle anjing semenjak kami membela kucing.  Korang ingat anjing tu kecil ? No No… besar sangat .. dua ekor pulak.  Tapi comel tau! Macam polar bear.  Saya pun suka je pegang-pegang diaorang ni.  Kalau sofa tu 3 seater tu memang la satu badan dia.  Tapi, anjing di sini memang sudah well trained.  

Ada yang tertanya, pasal sama’ anjing ke ? 

Begini… tanah kat luar banyak kan.  Kita buat seperti apa yang telah kita belajar.  Kita semua belajar subjek Pendidikan Islam semenjak dari Tahun 1… maka, tiada masalah.  

Ok… balik kisah tadi…

Bila sampai jam 9 malam, Harper sudah mengantuk.  Ajak tidur dalam bilik tidurnya. Kakak Lana kata dia diminta oleh Harper untuk membaca buku sebelum tidur.  Ok lah Kakak Lana pun baca.  Kemudian, Harper minta Kakak Lana menyanyi lagu dia… kalau tak dia tak boleh tidur tapi Kakak Lana kata dia tidak tahu nyanyi lagu tu.. tapi dia paksa juga.. namun katanya dia tidak dapat tidur sebab tak puas hati dengan lagu Kakak Lana nyanyi..

Katanya ‘Lana nyanyi tidak serupa macam mum dia nyanyi’

Memang lucu lah budak Harper ni…

Apa-apa pun saya nampak Lana seronok bekerja sebagai babysitter. Di tambah pula Paul membayar sebanyak 60 dolar sebagai babysitter Harper.

Thanks Paul…

Paul kata ‘thank you Lana, Harper got so much fun tonight ’

Begitulah….

Selalunya saya lihat di kaca tv movie mat saleh tentang babysitter tetapi kali ini anak sendiri menjadi babysitter kepada anak mat saleh.  Good job Lana ! 








Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua pembaca blog ini.  Semoga kalian berada dalam kerahmatan Allah Taala dimana jua berada.  Ok !

Saya rasa teruja untuk kongsikan pasal beg sekolah sebenarnya.  Ramai yang suka saya kisahkan sesi persekolahan dan silibus Canadian. 

Untuk pengetahuan semua, silibus Canada ada macam-macam mengikut province atau negeri.  Sekiranya di Quebec, korang belajar semua dalam French Canada.  Aliran Bahasa Inggeris ada disediakan dalam beberapa kelas mengikut permintaan.  

Macam saya berada di British Columbia, jadi semua pelajaran dalam Bahasa Inggeris secara majoriti.  Tetapi, tetap ada kelas aliran French kerana ada ramai orang Quebec ke sini.  Maksudnya semua subjek dalam French iaitu French Canada. Korang kena tahu Canada adalah negara yang ada dua bahasa utama.  

Jadi, kalau pembaca minta saya terangkan silibus Kanada… boleh rujuk link google Canada Education.  Banyak tau ..hahahh

Sama juga sebenarnya di Malaysia, ada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (public school), ada private school, ada SJKC, ada macam-macam sekolah antarabangsa… saya sendiri pun hanya boleh woww.. hebat Malaysiaku. 😀

Saya sendiri adalah produk UPSR kedua, SRP dan SPM.  Banyak dah umur akak ni Dik Non …tapi banyak pengalaman tau macam-macam sebab jumlah sekolah sebanyak 7 buah. Banyak kan ! 😆

Tak apa… tutup kisah sekolah..

Berkenaan beg sekolah, anak-anak saya memang beg sekolah mereka tidak berat.  Tapi Lana la paling rajin angkut buku bawa balik.  Umar memang relax dan humble.  Katanya dia sentiasa siapkan homework di sekolah.  Jadi katanya, dia tidak perlu bawa sebarang buku balik ke rumah.  Memang beg dia kosong. Aduhai… anak bertuah bujang seorang ni.. 😆

Umar selalu mengata kakaknya tidak siapkan homework.  Tetapi kakaknya kata nak study 😅.  Budak perempuan kan selalu lebih rajin ye tak ? Jangan marah tau…yang lelaki pula. 

Tentang sesi persekolahan pula,  sesi persekolahan bermula jam 8.43 pagi hingga 3.13 petang.  Mesti semua pelik kan… kenapa la letak jam macam tu.  Jawapannya saja jer !! 😂 itulah jawapan yang saya terima daripada pihak sekolah.  Tapi, pada pendapat saya…ingin mendidik pelajarnya. 

Di sini, mengikut percentage dari segi cara pemarkahan.  Setiap pelajar, guru kelas akan memberi komen dalam laporan akhir semester.  Setahu saya, guru akan mencari kebaikan pada setiap pelajarnya.  Komen yang baik…

Ada tak rasa.. kenapa saya letak gambar Lana dan Umar pergi skiing.  Sebenarnya skiing day juga dijadikan sebagai field trip. Mereka tiada kelas pada hari itu dan bas sekolah akan bawa ke Ski Resort untuk bermain skii.  Sebab itu mereka pandai main ski. Untuk Umar next week, saya akan memandu ke Shames Ski Resort bawa dia main ski.. kita join la sekali kan 😅.  Kadang-kadang, pihak sekolah juga akan memberi pelepasan kepada anak-anak murid ke kolam renang.  Buat apa ?  Kita terjun la …

Apabila Spring menjelang, salji pun hilang.  Pihak sekolah akan bawa mereka hiking ke hutan ataupun mengutip sampah di sekeliling bandar di sini. Kadang-kadang juga ada larian.  

Boleh lihat di sini, bagaimana cara sistem pembelajaran di sini. Saya lihat lebih kurang sahaja… jangan kita terlalu banyak membuat perbandingan. Nanti hati kita akan mula lebih banyak melihat kepada negatif.  

Saya ada sertakan link post 

Masa Lana mula join ke High School. 
 Jemput baca ok ! 👌 

 👉🏻 Hari Pertama Ke High School


Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Semasa Cuti Krismas 2021

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Bawa Lana dan Umar Ke Hutan Untuk Bermain Sled



 Beberapa minggu ini, saya banyak menerima response yang baik-baik daripada kalangan pembaca.  Terima kasih dan tahniah… kerana sudi singgah di blog ini.


Kepada yang baru mengunjungi di blog ini, saya ingin perkenalkan diri saya.  


Saya merupakan seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak remaja.  Kini, kami menetap di Kitimat, British Columbia, Kanada.  Mengikut suami bertugas di daerah ini.  Pasangan saya mendapat tawaran bekerja di bidang industri di daerah ini secara kontrak.  Maksudnya, habis kontrak InsyaAllah kami akan pulang semula ke Tanahair iaitu Malaysia.


Blog ini mengisahkan #ceritakamidikanada.

Kisah kami anak-beranak menjalani kehidupan sebagai orang Melayu di kawasan pedalaman bumi Canada.  



Ada pelbagai kisah suka duka sepanjang kami melalui kehidupan sebagai anak perantauan.  Ada juga ramai yang bertanya tentang penghijrahan sementara ini.  Boleh skrol di post sebelum ini 👉🏻


Cara Untuk Datang Bekerja Di Kanada ...


Saya sangat faham ramai yang teruja untuk datang berhijrah dan bekerja di sini.  Tetapi, untuk pengetahuan semua, peringkat awal dalam penghijrahan tiada yang manis.  Ia tidak sama dengan orang yang pergi melancong dengan orang yang datang ke Kanada atas sebab mendapat tawaran bekerja.


Ada banyak yang perlu dikorbankan terutama wang ringgit.  Maksud saya persediaan wang tunai.  Satu perkara, kita merupakan rakyat Malaysia yang mana nilai mata wang kita adalah hampir 4 kali ganda rendah dari Kanada.   Ketika ini, nilai mata 


CAD = 3.80 ganda 


Nanti korang kira ye…


Satu perkara lain ialah negara Kanada adalah merupakan antara negara di dunia yang mengalami suhu paling sejuk.  Bila tiba musim sejuk, ada banyak keperluan dan pakaian yang perlu di siapkan.  Minta maaf saya cakap, berkenaan pakaian baju sejuk.  Wajib disiapkan bermula jenis stokin, winter boots, inner (badan dan seluar), topi kepala, seluar salji.  Tak boleh kata, “saya akan tinggal dalam rumah dan pasang heater sentiasa”


Pengalaman saya pada tahun pertama kedatangan kami, sangat terkejut dengan suhu ekstrem di daerah ini.  Habis sakit seluruh badan kerana hanya berselimut dan tak sanggup untuk buat sebarang aktiviti cergas.  Rupanya, bila dalam kesejukan lagilah kita kena buat aktiviti cergas dengan lebih banyak.  Kalau tak badan akan lenguh-lenguh…


Kemudian, kawan-kawan saya mula mengajak saya berjalan-jalan sekitar sini.  Berjalan berkilometer.  Naik bukit… kemudian ajak pergi snowshoeing selama berjam-jam di dalam hutan.  Pergi hiking…


Selepas itu, saya mula berjinak dengan sukan skiing. Nampak mudah tapi ia benar-benar membantu berpeluh. 


Sebenarnya Kanada ini merupakan negara kedua di dunia yang mempunyai keluasan besar selepas Rusia. Dan, juga negara yang mengalami musim sejuk paling lama. Tahap kesejukan minimum pernah saya alami selama menjadi penduduk Kanada iala (-35 celcius).  Suhu yang tidak boleh buat main-main, boleh bawa maut tau !


Sebelum saya terbang ke Kanada, saya sudah berbelanja besar untuk mengadakan segala kelengkapan menghadapi musim sejuk di sini.  Baju sejuk yang saya beli di Malaysia berharga RM 500,  baju itupun sudah semakin rosak.  Mahu tidak, kalau setiap hari pakai selama berbulan-bulan.  Tetapi, sebenarnya saya belanja lagi untuk baju sejuk yang lain di sini kerana baju yang saya beli di Malaysia itu hanya mampu untuk sampai tahap musim luruh sahaja.  Harga baju winter itu bila di tukar dengan RM … memang beribu harganya.  Barulah saya tidak terketar-ketar bila berada di luar rumah… sebab bermulanya awal Disember suhu di sini akan jatuh sehingga (-25 celcius) sehingga hujung Januari.  


Bagaimana dengan sesi persekolahan? Adakah sekolah tutup…


Sekolah tidak akan tutup sebab suhu drop ataupun salji menimbun setakat 1 meter…. Sekolah berlangsung seperti biasa…


Anak-anak di sini tiada uniform khas… korang bayangkan la nak sampaikan depan pintu sekolah… hanya nampak mata sahaja.  Saya tahu anak-anak saya kuat dalam mengharungi cabaran sesi persekolahan di sini. 


Walaupun suasana di sini aman dan nyaman, jauh di sudut hati saya… saya kesunyian.  Tiada lagi kedengaran suara azan.  Tiada lagi suasana berkejaran kerana solat Jumaat.  Surau tiada ini kan pula masjid.


Bab-bab berkawan, peringkat awal saya memang tiada kawan.  Dunia saya hanyalah bersama anak-anak dan suami.  Saya sibukkan diri dengan tugasan sebagai seorang surirumahtangga yang tidak pernah kesudahan.   Tiada wanita dari Malaysia ataupun yang muslim di sini.  Berbulan-bulan kehidupan saya banyak dengan membaca serta mengunjungi perpustakaan awam di sini.  


Sehinggalah pada satu hari, saya ternampak satu iklan tentang communication English group yang akan berlangsung di perpustakaan itu.  Alhamdullilah, bermula di situ… saya mula mendapat kawan-kawan juga mengenali penduduk tempatan.  Mula belajar budaya orang Canada, mengikuti aktiviti mereka.  Kadang-kadang keluar minum kopi bersama.  Korang jangan fikir, saya jumpa group muslim ataupun Malaysian.  Sampai ke hari ini… tiada Dik Non….  hihihi…. Adalah sebenarnya tapi tak ramai, boleh bilang dengan jari.


Saya sebenarnya seorang yang tidak mahir berbahasa Inggeris, setakat sembang-sembang tu bolehlah.  Tetapi, bagi saya semua itu bukan topik utama sebab matlamat saya hendak berkawan.  InsyaAllah, dan Alhamdullilah saya dapat kawan-kawan yang wonderful and helpful here.  Very thankful to them. 


Berkenaan dengan perayaan pula, memang saya boleh katakan tak pernah pun pakai baju raya baru sepanjang menetap di Kanada.  Teruk betul kan… malas pun ada sebab bila sejuk nak pakai baju kurung pun rasa menggigil.   Satu perkara terlupa, musim panas di sini pun sejuk jugak.  Paling tinggi 27 celcius, itupun dalam 3 jam sahaja.  Kemudian, drop semula belas-belas celcius.  Hihihi…


Kebetulan, anak-anak dan suami juga bekerja.  Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari sekolah.  Mereka suka ke sekolah… so tak apalah… macam sedih kan bunyinya.  Tak ada sebenarnya, sebab suasana itu tiada di sini.  Jiran tetangga pun tidak tahu kami berpuasa Ramadhan.  So bila kami sebut pasal Aidilfitri juga ramai yang tidak perasan.  Mana ada takbir di televisyen. Hihihi… 


Bagi saya dan suami, kita buat yang wajib.  Semuanya keranaNya.  Rezeki datang ke Kanada juga adalah dariNya.  Tak perlu kecoh sampai satu daerah beritahu kita sambut Aidilfitri.  Buat sekadarnya…


Anak-anak tak sedih ke? Itulah masalahnya… diaorang kata biasa je … adoi laaa anak-anak. 


Ok, begitulah serba-sedikit cabaran-cabaran yang saya hadapi ketika peringkat awal.  Alhamdullilah, pada saya sekeluarga… itu sahaja kot.  Bab makanan… kami ok je makan apa-apa asalkan ia halal dan bukan pork or bacon ataupun seumpamanya…


😉😉


Minggu lepas, bersama kawan-kawan berhajat mencuba aktiviti musim sejuk.  Hanya pada musim sejuk sahaja boleh bermain permainan ini.  

Apa itu ? Skiing ⛷ 

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb


Lepas hantar anak-anak ke sekolah terus drive ke Onion Lake Cross Country Trails bersama dua orang rakan bersama saya. Kami berkonvoi sebanyak 3 kereta. 

Daripada malam sampai petang tadi masih lagi salji turun lebat. Terasa blur penglihatan ketika memandu. Sungguh .. tak tipu !

Onion Lake merupakan kawasan cross country skiing.  Kawasan ini dibina bila pun saya tidak tahu tapi saya tahu sudah berpuluh tahun usianya.  Hebat cara mereka mengekalkan tempat skiing.  Kemas dan bersih…

Skiing ini berbeza sedikit daripada downhill skiing.  Daripada kasut sehingga lah tongkat yang saya pegang tu..😅

Hari ini saya cuba untuk 3 km.

Sebenarnya, untuk cross country saya mencuba sebanyak 2 kali.    

Tetapi untuk kali kedua, hanya saya dan tiga lagi yang ingin pergi.  Dua orang rakan saya ini sememangnya sudah mahir dengan skiing.  Maka, saya dan seorang lagi yang merupakan kali pertama ke sini.

Dua orang rakan saya iaitu Alyson dan Samantha sangat banyak membantu dalam melatih saya dan kawan-kawan saya yang lain dalam skiing.  Wahaahahah…😂

Bercerita tentang pengalaman skiing.  Ini merupakan pertama kali saya mencuba cross country.  Dan, saya pernah mencuba downhill skiing di Shames Mountain Terrace. Namun, anak-anak dan suami lebih menyukai downhill skiing berbanding saya yang meminati cross country skiing. 

Ia lebih relax namun banyak menggunakan keseluruhan otot-otot badan.  Daripada otot leher sehinggalah ke kaki. Korang bayangkan lah kalau tergolek. Hahaha… sebab itu ramai kawan-kawan saya kata hanya nak cuba sekali sahaja. Sebab sakit satu badan.  Oh, kesian kawan-kawanku.  Sebab saya yang nak sangat pergi kan…hahhahaha

Namun, kadang-kadang terfikir juga untuk mencuba lagi downhill skiing..hahhahah.. nak rasa menari atas gunung macam Umar dan Lana lakukan. Best tau ! 

Ok.. berkenaan sewa pula. Harga untuk sewa perkakasan ialah CAD 20 dollars.  Sebab saya pertama kali jadi saya ambil kelas iaitu tambah lagi 10 dollar.  Sekiranya, kepada sesiapa yang ada  ski boots 🎿 dan ski binding.  Boleh sahaja meluncur di trails secara percuma.  Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

Ada juga yang pergi ke sini waktu malam,  Samantha salah seorangnya.  Beliau memang berani… Canadian kan… tetapi nak datang malam boleh ! Gunakan perkakasan sendiri.  Kalau boleh datang lebih daripada dua orang bila pergi skiing.  

Sebab, kadang-kadang ada binatang buas…

Tak percaya ke ? Ini kan hutan.. hutan tebal.  Jangan ingat sebelah sana tu bandar.  Kan saya kata saya tinggal dalam kawasan hutan. 😂  Memang tak tipu..

Semasa kami selesai skiing, duduk dalam lounge dan makan tengahari sambil bersembang.  Masa itu, Samantha bercerita tentang ibu dan kawannya telah masuk ke hutan hiking pada dua minggu lepas. Terserempak dengan sekumpulan serigala..  adoiilah ! Habis semua makanan dia lepaskan kepada serigala itu.  Saya mendengarnya dengan ternganga… macam dalam movie ! Samantha hanya tergelak melihat reaksi saya.  Katanya sebab musim ini serigala mula sangat lapar.  Betul juga.. musim sejuk susah cari makanan.

Haaaa…. Begitulah cerita nya…  lepas bermain kami melepak. Penat tau !

InsyaAllah, ada rezeki  … saya pun nak try waktu malam.  Tunggu salji turun.  Bila salji banyak maka jatuh tidak sangat terasa sakitnya.  Memang ada perancangan dengan Sam dan Alyson.  Nantikan ye…Hihihi

Begitulah…. Maka, jagalah dengan sebaiknya hutan ini. 

Setahu saya, kebanyakan negara 4 musim ada kawasan untuk bermain sukan ini.  Malaysia 🇲🇾? Memang tak adalah….


Delicious Bread 



Koleksi Sitikb
Land of Nod Bread 

Kisah ini sudah lama... tetapi saya simpan di dalam ini tanpa press the publish button.

Roti yang dibuat oleh anak saya Lana.  Kami belajar bersama dengan jiran sebelah.  Seronoknya sebab dapat mencuba resepi turun-temurun kata Carol.

Walaupun percubaan kali kedua tidak secantik semasa mengadun bersama Carol tetapi nikmatnya.  Adoii sedapnya… 

Terasa sangat berada di Tanah Enggeriss… memang pun kan.. 

Alhamdullilah.  Syukur … MasyaAllah.


 

 Syukur Alhamdullilah…


Saya di sini kerana mengambil booster shot ataupun booster dos.

Kitimat Hospital
Antara tempat bagi cucuk Vaksin Covid19 


Usaha kecil saya dalam membantu masalah global sebagai umat manusia yang hidup di zaman penuh sains dan teknologi. Zaman yang penuh fitnah hanya dihujung jari.


Tempat Cucuk Vaksin
Tempat untuk mengambil vaksin

Tempat Cucuk Vaksin Covid19


Saya bukan manusia yang kebal dalam menentang virus ini.  Saya tiada immunisasi yang kuat untuk menahan diri menjadikan badan ini sebagai benteng virus yang sedang bermahajarela.


Bila saya tanya pada jururawat yang mencucuk diri ini.  Adakah ini vaksin terakhir? Katanya “probably not” … sebuah harapan.  


Membaca pelbagai khabar daripada Tanahair buat saya kadang-kadang terkedu.  Terkedu dengan kata-kata bijak pandai yang bila berbicara, ada butiran yang keluar daripada mulutnya menampakkan ketidakcerdikan disitu.  Tak apa lah.. nak buat bagaimana kan..

Bila keluar daripada hospital.  Ada sebuah kereta yang sudah dibiarkan lama terkambus salji.  Suasana yang biasa bila winter!



Ada juga yang bertanya, ramai ke yang tak nak ambil vaksin Covid19 di 🇨🇦 ?


Eh, sudah tentulah ramai…  sama sahaja macam Malaysia.  Tak jauh beza pun… selagi namanya manusia tinggal di dalam planet yang bernama Bumi. 😬


Apa yang saya dapat simpulkan, lebih ramai yang berusaha dan taat dalam menangani masalah ini.  Ramai yang menyokong usaha pihak hospital dan kerajaan.  Tetapi tetap juga ramai yang membantah..


Sampai bila ? “Eh, ramai pula bertanya”


Sabar lah.  Kita semua sedang dalam ujian.  Ujian daripada Yang Maha Kuasa.  Tuhan sedang menguji kita tentang Kekuasaannya.  Betul kan…  Kadang-kadang manusia ini sering lupa yang kita semua adalah berada dalam ujianNya.


Saya mohon maaf, jika ada yang tidak bersetuju dengan tulisan saya pada kali ini… 🙂. Walaubagaimanapun, saya tetap yakin ada banyak betul juga tulisan kali ini.  Terus terang saya katakan anti-vaksin ada di mana-mana.  Mereka sudah wujud sebelum Pandemik lagi tetapi lebih terserlah ketika Pandemik.  Siap ada group FB la, telegram la… WhatsApps pun ada.  Haish… kemain la korang ni..


Melihat kan apps di telefon WeatherCan menunjukkan (-19 celcius).  Hanya sebuah anggaran apabila tiada angin bertiup tetapi bila angin dari arah Kutub Utara iaitu bermula kawasan Artik, angka pada anggaran suhu tadi sudah bertukar kepada (-33 celcius).


Semenjak saya sekeluarga tinggal di daerah terpencil, ini adalah pengalaman pertama mengalami suhu yang sangat sejuk.  


Ramai yang tanya saya, berapa lapis baju saya pakai ? Sebenarnya saya pakai tiga lapis sahaja tetapi semua jenis fabrik pada baju yang saya pakai pada musim ini adalah berjenis kapas.  Memang tak pakai la di Malaysia .. hihihi.. baju-baju itu saya pakai bila suhu capai (-10 celcius).

WeatherCan


Tetapi, saya fikir ini semua adalah pengalaman yang bukan boleh pakai tanpa rancangan. Benar-benar perlu rancang perjalanan dan pakaian yang perlu di pakai.  Saya tidak fikir kita semua tahan dengan suhu ini. Ia boleh bawa macam-macam penyakit…


Unggun Api
Umar dan Lana memanaskan badan

Koleksi Sitikb
Sam sedang memasang unggun api

Koleksi Sitikb
Unggun Api Sudah Siap !





Koleksi Sitikb


Berjalan dalam hutan tengahari semalam bersama kenalan yang merupakan penduduk Kitimat. Saya panggil Minah Saleh. Hihihi.. namanya Sam, sangat aktif dan cergas bila dia ajak masuk hutan. Dan, hari ini merupakan hari pertama kami masuk hutan selepas salji turun lebat 2 hari lepas. Lebih setengah meter kedalaman salji.

Hiking Snow



Kali ini, saya mengajak kedua-dua anak saya hiking bersama. Kebiasaannya, saya dan suami akan masuk hutan tanpa kawan-kawan. Tapi, bila masuk hutan dengan kawan ditambah pula orang Canada yang sangat lasak. Maka, banyak rahsia boleh saya lihat...real !! Bagaimana mereka survived ketika salji tebal di dalam hutan. Perkakasan yang dibawa dan mereka sangat kuat. Benar, saya tidak tipu dan sangat lasak. Kalau selama ini, saya melihat cara-cara ini dalam Dokumentari National Geografi tetapi melihat dengan mata sendiri... amat berbeza sekali.
Hiking



Sepanjang perjalanan, banyak yang kami sembang tentang hutan dan juga saya banyak bertanya tentang bagaimana dia boleh camping ketika winter. Sesungguhnya, mereka tidak lokek ilmu. Habis semuanya diceritakan dan dia janji akan memperkenalkan dengan kenalannya sekiranya saya ingin pergi camping. Dalam fikiran saya... kosong ! Saya tidak pasti mampu atau tidak menghadapi kesejukan ekstrem di sini. Haish ... saya ni daripada negara summer all the year. Mana ada perkakasan pelik-pelik kan...

Sebelum masuk hutan, Sam bekalkan 4 pasang kasut salji (snow shoes) . Ia digunakan sebagai tapak kasut. Ia juga membantu kepada pengguna supaya tidak terlalu tenggelam dalam salji bila berjalan atas salji lembut.  


Memang nampak best bila jalan atas salji lembut..macam-macam korang bagi idea, buat ABC la.. cendol la..tulis nama atas salji la...ada juga yang saya boleh ikutkan tetapi banyak juga saya tidak dapat penuhi permintaan followers saya. Maaf banyak-banyak ye...

Sebenarnya, kalau pembaca semua lihat rakyat Malaysia yang bercuti ... yang boleh menari-nari atas salji tebal, baring atas salji serta ada yang memakai shirt nipis dan tidak berapa tebal. Minum dan makan-makan di luar bangunan. Kebanyakannya suhu pada masa itu sekitar bawah (-5 celcius) dan mungkin 0 degree. Juga waktu itu adalah tengahari...tetapi kalau pembaca lihat mat-mat saleh ataupun minah-minah saleh yang memakai suit winter serta ada selendang dan muka pula sudah ditutup rapat, nampak mata sahaja... itu tandanya sudah (-15 celcius ke bawah).  Ia juga bergantung kepada kadar kelembapan suhu. Semuanya ada pada apps. boleh upload.

Begitulah... kisahnya.

Ha... sambung semula cerita hiking..😆

Sam tanya saya nak main sled ke nak pergi ronda hutan ? saya kata kita warm up dalam hutan lah.. nak berpeluh la kisahnya.

Korek Lubang Salji
Sam mengorek lubang untuk pasang unggun api



Tapi, lain pula kisahnya. Angin dari Artik yang bertiup tidak menyebabkan ketiak kami berpeluh. Saya gelak sakan... tak jadi pun 'sweating..' sama-sama tergelak.

Masa ini, Lana dan Umar sudah kata sejuk sangat Mama. Umar yang mengadu tersangat sejuk ! Tangan sudah sejuk.

Sam mengajak saya cepat-cepat pasang unggun api. Dia korek salji sedalam satu meter. Penyodok itu memang Sam bawa daripada rumah. Ganas kan..😆

Kononnya, lepas pasang unggun api nak main sled.

Sebab terlampau sejuk, anak-anak kata nak balik rumah. Kesian tengok Umar kesejukan walaupun pakai termal blanket, masih sejuk lagi katanya. Sejuk pada hujung jari kata Umar. Thermal blanket itu adalah daripada Sam. Dia kata kalau sejuk winter... dia akan pakai blanket itu depan unggun api.

Lega la sikit Umar kata..

Dia siap bawa hot chocolate dan teh panas, cookies. Saya bawa granola bar sahaja. Hahaha.. memang bertuah kan jadi kawan Sam. Dia ok je ! katanya dia suka mencabar dirinya. Semenjak saya mengenali wanita yang bernama Sam.. saya tahu dia suka push dirinya untuk aktiviti yang lasak.

Hot Chocolate In The Snow

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Unggun Api

Koleksi Sitikb
Umar pakai thermal blanket

Koleksi Sitikb
Panaskan badan bersama hot coklat



Kemudian, Umar mengadu lagi.. tangannya sejuk kembali.

Saya katakan pada Sam .. kita kena balik rumah...

Bukan sejuk main-main tau ! Saya check suhu weatherCan (-15 celcius) feels like (-25 celcius) . Kesian pulak …kat Umar.. Sungguh...Umar sampai menangis menahan kesejukan. Saya pun risau juga takut frostbite. Kalau sudah kena frostbite susah nak sembuh..

Maka, Sam kambus unggun api dengan salji.

Fire Place
Unggun Api yang sudah dikambus dengan salji



Dan, kami selesaikan aktiviti kami yang berlangusng selama 3 jam lebih.
Walaubagaimanapun, saya dan anak-anak seronok sebab dapat lihat bagaimana cara Canadian menghidupkan unggun api di tengah hutan bersama salji tebal. Siap bawa shovel ..pertama kali dapat lihat mancis waterproof. Tiba-tiba excited …😁


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Translate To Any Language!

ABOUT ME

Blog ini merupakan coretan kisah saya sebagai seorang Mama, Isteri, Rakan dan Sahabat. Semoga tulisan ini menjadi inspirasi kepada semua pembaca

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Tuhan itu Maha Mengetahui
  • Bio Penulis
  • Penghijrahan ke Kanada
  • Menjadi Catsitter Di Kanada
  • Pertama kali Bertalaqqi
Catatan Pengalaman
Aktiviti

Categories

  • Affiliate 6
  • Aktiviti 90
  • Bisnes 12
  • Catatan Pengalaman 110
  • Dari Bilik Kraf 6
  • Kisah Si Bulus 10
  • My Karya 8
  • My Pets 11
  • Summer 5
  • Tinta Penulis 105
  • Winter 33
  • dari kamar dapur 11
  • kisah anak-anak 39

Advertisement

Jumlah Paparan Halaman

siti khairulbariah

My Products

Pengikut

Copyright © The Official Siti Khairulbariah Blog. Designed by OddThemes