Pemandu Treler dan Penunggang Basikal

Sejak saya dan suami sudah ada lesen antarabangsa untuk kenderaan ringan.  Kami juga sudah mampu untuk mengadakan sebuah kereta.  Saya telah mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pejabat.  Lagipun perjalanan ke pejabat tidak jauh hanya mengambil masa 10 minit walupun jarak dari rumah lebih 10 km.

Walaupun suami boleh ke pejabat dengan menaiki bas pekerja, saya berasa kasihan padanya.  Teringat saya pada winter yang lepas… suami berjalan kaki ke tempat menunggu bas pekerja setiap hari (10 minit berjalan)  dalam keadaan salji yang sedang lebat ditambah pula angin pula bertiup.  Masa itu kami belum ada lagi kenderaan.  Agak-agak boleh bayangkan tak rasa sejuknya itu?  Mesti ada yang rasa seronok kan?  Untuk seminggu dua bolehlah rasa seronok tapi bila masuk minggu kedua.   Mulalah kita akan cuba cari penyelesaian.

Gambar semasa di Hiway 16, British Columbia


Kenderaan di sini boleh dikatakan semuanya mempunyai sisi yang besar.  Kebanyakannya tiada di Malaysia kerana jalan di Malaysia lebih kecil maka ia sesuai dengan keadaan kenderaan di sana.  Lori dan treler semua besar-besar belaka.  Saya sendiri rasa gerun bila melihat kenderaan di sini.  Sebelum ini keadaan itu hanya saya melihat pada cerita-cerita inggeris sahaja.

Namun, apa yang menarik perhatian saya adalah cara pemanduan mereka.

Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar suami ke pejabat.  Saya memandu di bahagian hadapan sebuah treler yang panjang.  Walaupun treler itu boleh memotong kenderaan kami tetapi ia tidak berlaku.  Ia memandu dengan penuh berhemah dalam kelajuan kurang 70km/j menuruti kereta kami dari belakang.

Semasa saya melepasi satu buah penunggang basikal.  Saya dan suami terlihat situasi di mana treler itu masuk ke lane kiri untuk memberi ruang yang lebih kepada penunggang basikal itu.  Dan, saya kira ia lebih daripada 2 meter jarak dari basikal.  Kagum kan?

Begitulah cara pemandu di sini memandu.  Mereka sangat menghormati pengguna jalan raya yang lain.  Kenapa ini berlaku?  Kerana kita berkongsi jalan yang sama.

Saya amat yakin jika kita sebagai rakyat Malaysia mengikut cara ini, insyaallah ia boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. 😊

0 ulasan