Hari 27 Ramadhan

Alhamdullilah...sudah 27 hari kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Perasaan sayu ada, sedih ada… macam-macam kan... sama ke perasaan kita?

Umur semakin bertambah tanda kita sudah menghampiri peringkat usia kematangan.

berehat sambal menunggu waktu berbuka puasa


Hari ini juga dalam sejarah saya bersama keluarga menjalani ibadah puasa di perantauan.  Pengalaman yang cukup berharga dan bermakna buat kami sekeluarga.  Menjalani ibadah puasa selama hampir 19 jam walaupun kami ikut masa berbuka waktu Mekkah.  Namun, ia masih cukup Panjang iaitu menghampiri 17 jam. Bayangkan lah siang hampir 19 jam.

Sekiranya sebelum ini saya hanya mendengar cerita-cerita orang berpuasa yang sangat panjang tapi kali ini ia di abadikan dalam pengalaman hidup saya sekeluarga. Alhamdullilah...

Kalau di awal Ramadhan kurang terasa kemeriahan bakal menyambut hari raya, namun jauh di sudut hati bila sudah menghampiri Syawal.  Ada juga detik di hati untuk pulang ke kampung halaman meraikan bersama hari raya Aidilfitri bersama sanak-saudara.  Insyaallah tahun depan ye...

Berkenaan persiapan hari raya, saya sudah siapkan pakaian hari raya anak-anak sebelum datang ke Kanada.  Namun, kami tidak pakai pada hari raya pertama kerana hari raya pertama jatuh pada hari bekerja dan anak-anak bersekolah.  Jadi, rutin seperti biasa...macam sebelum Ramadhan.  Di sini komuniti Islam tidak sampai 20 orang, maka saya juga tidak membuat sebarang persiapan hari raya seperti di Malaysia.  Masak sikit-sikit adalah.  Rakyat Malaysia Muslim pun hanya 5 orang termasuk kami anak-beranak.  Insyaallah pada hari raya ketiga kami akan ke Calgary untuk menyambut hari raya Bersama komoniti Islam yang lebih ramai di sana.  Terubat la sedikit rindu pada kampung halaman.

Bercerita tentang waktu berbuka puasa memang menarik sebab ketika kami menjamah juadah berbuka puasa masih lagi bersinar cahaya matahari di luar rumah. Waktu Asar pun baru je masuk… Lepas berbuka puasa, kami solat Asar.  Lucu pula kedengarannya kan tapi itulah cerita di sini.  Waktu solat juga agak panjang dan lewat masuk. Bayangkanlah Asar masuk jam 6 petang, Maghrib jam 9.50 malam, Isyak jam 11.31 malam dan Subuh jam 3.30 pagi.  Menarik kan?  perlukan kekuatan untuk menjalani ibadah solat di sini. Tiang Ugama…  Tiada azan yang berkumandang hanya loceng yang kedengaran sebagai peringatan masuk waktu solat di tengah malam terutama waktu Isyak.  Jadi kepada yang berhajat hendak jalan-jalan ke mari di musim panas, cabaran yang paling kuat adalah waktu solat...ia, memang seronok musim panas di sini tapi waktu solat juga wajib di jaga.  Waktu solat berubah setiap hari…

Ok..sampai di sini perkongsian saya kali ini...Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca..😊


0 ulasan